Tengku Zulpuri Shah Raja Puji
Tengku Zulpuri Shah Raja Puji | |
|---|---|
| تڠكو ذوالڤوري شاه راج ڤوجي | |
| Timbalan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli | |
| Dalam jawatan 2 Julai 2018 – 24 Februari 2020 | |
| Raja | Sultan Muhammad V (2018–2019) Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (2019–2020) |
| Perdana Menteri | Mahathir Mohamad |
| Menteri | Xavier Jayakumar Arulanandam |
| Didahului oleh | James Dawos Mamit (Air) Hamim Samuri (Sumber Asli) |
| Digantikan oleh | Ali Biju (Timbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli) Ahmad Masrizal Muhammad (Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air) |
| Kawasan pilihan raya | Raub |
| Ahli Parlimen Malaysia bagi Raub | |
| Dalam jawatan 9 Mei 2018 – 19 November 2022 | |
| Didahului oleh | Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz (PR–DAP) |
| Digantikan oleh | Chow Yu Hui (PH−DAP) |
| Majoriti | 3,159 (2018) |
| Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang bagi Tras | |
| Menyandang jawatan 19 November 2022 | |
| Didahului oleh | Chow Yu Hui (PH−DAP) |
| Majoriti | 11,397 (2022) |
| Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang bagi Mentakab | |
| Dalam jawatan 5 Mei 2013 – 9 Mei 2018 | |
| Didahului oleh | Chuah Boon Seong (BN–MCA) |
| Digantikan oleh | Woo Chee Wan (PH−DAP) |
| Majoriti | 1,554 (2013) |
| Timbalan Setiausaha Agung Parti Tindakan Demokratik | |
| Dalam jawatan 20 Mac 2022 – 16 Mac 2025 | |
| Setiausaha Agung | Anthony Loke Siew Fook |
| Pengerusi Kebangsaan | Lim Guan Eng |
| Didahului oleh | Teresa Kok Suh Sim |
| Naib Pengerusi Kebangsaan Parti Tindakan Demokratik | |
| Dalam jawatan 12 November 2017 – 20 Mac 2022 | |
| Setiausaha Agung | Lim Guan Eng |
| Pengerusi | Tan Kok Wai |
| Didahului oleh | Ariffin S.M Omar |
| Peranan lain | |
| 2013–2018 | Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Pahang |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | Tengku Zulpuri Shah bin Raja Puji 15 Julai 1964 Raub, Pahang, Malaysia |
| Parti politik | Parti Tindakan Demokratik (DAP) (sejak 2000) |
| Gabungan politik lain | Barisan Alternatif (BA) (2000–2004) Pakatan Rakyat (PR) (2008–2015) Pakatan Harapan (PH) (sejak 2015) |
| Kediaman | Pahang |
Tengku Zulpuri Shah bin Raja Puji (Jawi: تڠكو ذوالڤوري شاه بن راج ڤوجي; lahir 15 Julai 1964) ialah seorang ahli politik di Malaysia yang telah berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi kawasan Tras sejak November 2022. Beliau pernah berkhidmat sebagai Timbalan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli dalam pentadbiran Pakatan Harapan (PH) di bawah bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad dan bekas Menteri Xavier Jayakumar Arulanandam dari Julai 2018 sehingga kejatuhan pentadbiran PH pada Februari 2020 serta sebagai Ahli Parlimen (MP) Raub dari Mei 2018 hingga November 2022. Beliau juga pernah menjadi Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Pahang dan ADUN Mentakab dari Mei 2013 hingga Mei 2018 serta pernah berkhidmat sebagai Ahli Majlis Perbandaran Selayang (MPS). Beliau merupakan ahli Parti Tindakan Demokratik (DAP), salah satu parti komponen dalam Pakatan Harapan. Beliau kini memegang jawatan Timbalan Setiausaha Agung DAP sejak Mac 2022 dan Timbalan Pengerusi DAP Negeri Pahang. Beliau juga pernah memegang jawatan Naib Pengerusi Kebangsaan DAP dari November 2017 hingga Mac 2022. Selain itu, beliau merupakan satu-satunya Melayu yang menjadi Ahli Parlimen DAP dari tahun 2018 hingga 2022.