Adnan Sempit 2
| Adnan Sempit 2 | |
|---|---|
Poster keluaran tayangan | |
| Pengarah | Ismail Bob Hashim |
| Dihasilkan oleh | David Teo |
| Dibintangi | |
Syarikat penerbitan | |
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 90 minit |
| Negara | Malaysia |
| Bahasa | Bahasa Malaysia |
| Pecah panggung | RM 6.82 juta |
Adnan Sempit 2 merupakan sebuah filem komedi aksi Malaysia 2012 yang diarahkan oleh Ismail Bob Hashim dan diterbitkan oleh David Teo menerusi Metrowealth Pictures. Ia merupakan kesinambungan kepada filem Adnan Sempit dan kedua dalam siri filem Adnan Sempit. Ia berkisarkan hubungan antara Adnan (Shaheizy Sam) dan Nadia (Intan Ladyana) semakin intim sehinggakan mereka bercadang untuk berkahwin. Filem ini dibintangi oleh Shaheizy Sam, Intan Ladyana, Along Cham, Yana Samsudin, Angah Raja Lawak dan Shuk Sahar dan ditayangkan pada 23 Februari 2012. Ia juga merupakan filem Adnan Sempit pertama yang diarahkan oleh Ismail.
Filem ini meraih kutipan pecah panggung sebanyak RM 6.82 juta dalam masa seminggu selepas tayangan perdananya, mengatasi kutipan filem Evolusi KL Drift 2 (RM 5.05 juta). Kesinambungan ketiga filem ini, Adnan Sempit 3 ditayangkan pada 8 Ogos 2013 dan yang keempat dan terakhir Adnan Sempit Sawadikap ditayangkan pada 7 Ogos 2014.