Yana Samsudin

Yana Samsudin
Yana ditemuramah dalam rancangan MeleTOP di Astro Ria pada 26 Januari 2016.
Kelahiran
Norliana binti Samsudin

(1984-09-25) 25 September 1984
WarganegaraMalaysia
Nama lainYana
PendidikanIjazah Sarjana Muda Seni Layar
Ijazah Sarjana Pengurusan Korporat
Pusat pendidikanUniversiti Teknologi MARA (UiTM)
Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA)
PekerjaanPelakon, pengarah, penulis skrip, penerbit, penyanyi, pengacara
Tahun aktif2003–kini
EjenProkuya Studios
PasanganFadzil Zahari (k. 2015)
Anak-anak3
Keluarga
Laman web rasmiyanasamsudin.com

Norliana Samsudin (lahir 25 September 1984) yang dikenali sebagai Yana Samsudin ialah seorang pelakon, pengarah, penulis skrip, penerbit dan penyanyi wanita Malaysia. Beliau mula dikenali setelah berjaya mengarah sebuah filem pada usia 23 tahun iaitu Selamat Pagi Cinta (2008) dan memulakan kerjayanya sebagai pelakon menerusi telefilem Lu'Lu (2008) dan siri filem Adnan Sempit (2010-2014).

Sepanjang kerjayanya, Yana telah bekerjasama dengan ramai pelakon seangkatannya, termasuk Intan Ladyana, Shaheizy Sam dan Farid Kamil. Beliau bernaung di bawah syarikat penerbitan Metrowealth dari awal penglibatannya dalam bidang seni sejak 2004 dan memilih untuk berdikari selepas kontrak tamat pada awal 2014.

Antara anugerah yang dimenanginya termasuk Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 bagi Pelakon Filem Wanita Popular dan Festival Filem Malaysia ke-23 bagi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik.