Metrowealth Pictures

MIG Pictures Sdn Bhd
Jenis/bentuk sahSwasta
Industri
Genre
Ditubuhkan24 November 1999 (1999-11-24)
Ibu pejabatPetaling Jaya, Selangor, Malaysia
Tokoh pentingDavid Teo
Jane Lim
Keluaran
Perkhidmatan
Tapak webmetrowealth.com.my
sunting · sunting di Wikidata

MIG Pictures Sdn Bhd (dahulunya dikenali sebagai Metrowealth Movies Production dan Metrowealth Pictures) merupakan syarikat penerbitan filem dan televisyen Malaysia. Dahulu merupakan sebuah syarikat jualan langsung, Metrowealth kemudian menjadi sebuah syarikat penerbitan filem dan televisyen.

Bermula pada 2017, Metrowealth tidak lagi bergiat aktif dalam penerbitan filem cereka. Kolestrol vs Cinta arahan Eyra Rahman menjadi filem terakhir terbitan studio itu. Bagaimanapun, Metrowealth terus aktif menerbitkan drama dan telefilem.