Ismail Bob Hashim

Ismail Bob Hashim
اسماعيل بوب هشيم
Kelahiran1976 (umur 48–49)
PekerjaanPengarah filem, Pembikin filem, Pengasas jenama pakaian Republic of Big (ROB)
Tahun aktif2010–kini

Ismail Bob Hashim (juga dirujuk sebagai Ismail Bob Hasim; lahir 1976) merupakan seorang pengarah dan pembikin filem Malaysia. Beliau terkenal kerana mengarahkan filem-filem, yang kebanyakannya terbitan Metrowealth Pictures.

Ismail juga merupakan pengasas jenama pakaian Republic of Big (ROB) yang disasarkan untuk individu bertubuh besar dan syarikat penerbitan Shapeway Entertainment.