Adnan Sempit (siri filem)
| Adnan Sempit | |
|---|---|
Logo siri filem Adnan Sempit | |
| Pengarah | Ahmad Idham (Adnan Semp-It) Ismail Bob Hashim |
| Dihasilkan oleh | David Teo |
Syarikat penerbitan | |
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 425 Minit |
| Negara | Malaysia |
| Bahasa | Bahasa Melayu |
| Pecah panggung | RM 21.17 Juta |
Adnan Sempit merupakan sebuah siri filem berkaitan dengan Adnan, seorang mat rempit di Kuala Lumpur. Siri filem yang dihasilkan oleh Metrowealth Movies Production ini terdiri daripada filem Adnan Semp-It (2010), Adnan Sempit 2 (2012), Adnan Sempit 3 (2013) dan Adnan Sempit Sawadikap (2014). Kesemua filem dalam siri filem ini diterbitkan oleh David Teo. Hanya filem pertama yang diarahkan oleh Ahmad Idham manakala filem-filem berikutnya diarahkan oleh Ismail Bob Hashim.
Siri filem ini merupakan siri filem ketiga dengan kutipan tertinggi sepanjang zaman. Filem Adnan Semp-It merupakan filem Malaysia pertama yang mencecah takat kutipan RM 7 juta di pawagam-pawagam tempatan dan mempertahankan gelaran filem tempatan dengan kutipan tertinggi sepanjang zaman selama sembilan bulan.