Majlis Bertindak Bersama Se-Malaya
Majlis Bertindak Bersama Se-Malaya All Malayan Council of Joint Action مجليس برتيندق برسام س-ملايا AMCJA | |
|---|---|
| Pengerusi | Tan Cheng Lock |
| Diasaskan | 22 Disember 1946 |
| Ibu pejabat | Singapura |
| Ideologi | Nasionalisme, Haluan Kiri |
| |
| sunting · sunting di Wikidata | |
| Artikel ini adalah sebahagian daripada siri pada |
| Politik Malaysia |
|---|
| Negara Anggota ASEAN |
| Portal Malaysia |
Majlis Bertindak Bersama Se-Malaya (Bahasa Inggeris: All Malayan Council of Joint Action atau AMCJA) merupakan gabungan beberapa parti dan pertubuhan bukan Melayu di Malaya untuk turut serta dalam menyuarakan intipati bagi perlembagaan selepas perang sebagai persediaan untuk mencapai kemerdekaan. AMCJA juga membantah Constitutional Proposals for Malaya (juga dikenali sebagai Federation Proposals atau the Anglo-Malay Proposals) yang menjadi asas kepada pembentukan Federation of Malaya Agreement.
Kematangan dan keterbukaan berpolitik orang Melayu bermula dengan jalinan kerjasama Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) dengan All Malayan Council of Joint Action (AMCJA) pada tahun 1947. Toleransi berpolitik ini berjaya melahirkan Perlembagaan Rakyat. Namun cadangan ini telah ditolak oleh British kerana ia diajukan oleh golongan kiri yang pada pandangan mereka akan menggugat golongan elit serta bersikap radikal.