Wilayah Persekutuan
Wilayah Persekutuan
ولايه ڤرسكوتوان 联邦直辖区 கூட்டாட்சிப் பகுதி | |
|---|---|
| Perlembagaan | Kuala Lumpur Labuan Putrajaya |
| Dijadikan sebagai Wilayah Persekutuan | Kuala Lumpur: 1 Februari 1974 Labuan: 16 April 1984 Putrajaya: 1 Februari 2001 |
| Disatukan di bawah Jabatan | 27 Mac 2004 |
| Pentadbiran | |
| • Menteri | Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa |
| Keluasan | |
| • Jumlah | 381.65 km2 (147.36 batu persegi) |
| Penduduk (2004) | |
| • Jumlah | 1,602,388 |
| • Kepadatan | 4,198.6/km2 (10,874/batu persegi) |
| Poskod kebangsaan | Kuala Lumpur 50xxx ke 60xxx 68xxx Labuan 87xxx Putrajaya 62xxx |
| Kod kawasan | 03a 087b |
| Moto negeri | Maju dan Sejahtera |
| Lagu kebangsaan | Wilayah Persekutuan Maju dan Sejahtera |
| Ditadbir oleh | Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) |
| Nombor pendaftaran kenderaan | W dan V1 L2 PUTRAJAYA dan F3 |
| Laman sesawang | www |
| a Kuala Lumpur dan Putrajaya b Labuan 1 Kuala Lumpur 2 Labuan 3 Putrajaya | |
| Artikel ini adalah sebahagian daripada siri pada |
| Politik Malaysia |
|---|
| Negara Anggota ASEAN |
| Portal Malaysia |
Wilayah Persekutuan (Jawi: ولايه ڤرسکوتوان, disingkatkan sebagai WP) ialah wilayah yang ditadbir secara langsung oleh kerajaan Persekutuan Malaysia dan ditadbir di bawah perundangan Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan). Tidak seperti negeri-negeri lain bagi Malaysia, Wilayah Persekutuan tidak diperintah oleh kerajaan negeri, sebaliknya terletak di bawah pentadbiran Persekutuan dan diperintah oleh Yang di-Pertuan Agong. Terdapat tiga bahagian dalam Wilayah Persekutuan, iaitu Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya. Daripada ketiga-tiga bahagian ini, Kuala Lumpur merupakan ibu negara rasmi Malaysia, Labuan merupakan Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa (IBFC) manakala Putrajaya merupakan pusat pentadbiran Persekutuan dan ibu negara pentadbiran Malaysia.