Hos Piala Dunia FIFA

Lapan belas belas buah negara pernah menjadi tuan rumah Piala Dunia FIFA sepanjang penganjuran kejohanan ini, bermula dengan Piala Dunia FIFA 1930.Pemilihan bagi tuan rumah bagi kejohanan ini tidak pernah lekang dari kontroversi sejak pemilihan Uruguay sebagai tuan rumah Piala Dunia FIFA 1930.Proses pemilihan bagi tuan rumah juga telah mengalami perubahan sebanyak beberapa kali.

Hanya Mexico, Itali, Perancis ,Jerman dan Brazil yang pernah menganjurkan Piala Dunia FIFA lebih dari sekali.Piala Dunia FIFA 2002 pula merupakan satu-satunya kejohanan yang mempunyai lebih dari satu tuan rumah, - iaitu Korea Selatan dan Jepun. Piala Dunia FIFA 2026 bakal mempunyai tiga tuan rumah, Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico.