Sultan Ibrahim ibni Sultan Muhammad IV
| Sultan Ibrahim | |
|---|---|
| Pemerintahan | 21 Jun 1944 - 9 Julai 1960 |
| Pendahulu | Sultan Ismail |
| Pengganti | Sultan Yahya Petra |
| Raja Muda | Tengku Yahya Petra |
| Pasangan | Raja Perempuan Zainab binti Tengku Zainal Abidin (k. 1914) Tengku Yah binti Tengku Long Sulaiman (k. 1915; c. 1929) Cik Embong binti Daud (k. 1916; m. 1960) Cik Siti Cik Safiah Cik Habiba |
| Anakanda | |
| Tengku Petra ibni al-Marhum Sultan Ibrahim Tengku Indera Petra ibni al-Marhum Sultan Ibrahim | |
| Nama penuh | |
| Sultan Ibrahim ibni al-Marhum Sultan Muhammad IV | |
| Tempat persemayaman | Istana Sri Cemerlang, Kota Bharu, Kelantan |
| Ayahanda | Sultan Muhammad IV ibni al-Marhum Sultan Muhammad III |
| Bonda | Sultanah Zainab binti Nik Wan Muhammad Amin |
| Keputeraan | 9 Oktober 1897 Istana Balai Besar, Kota Bharu, Kelantan, Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu, Malaya British |
| Kemangkatan | 9 Julai 1960 (umur 62) Istana Sri Cemerlang, Kota Bharu, Kelantan, Malaya |
| Dimakamkan | 10 Julai 1960 Makam Diraja Langgar, Kota Bharu, Kelantan, Malaya |
| Agama | Islam |
Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Muhammad IV (Jawi: سلطان إبراهيم محمد كامڤت; diputerakan pada 9 Oktober 1897 di Istana Balai Besar, Kota Bharu) merupakan putera kedua Tuan Long Senik (Sultan Muhammad IV) dan Sultanah Zainab.
Dianugerahkan gelaran Tengku Sri Indra Mahkota Kelantan oleh ayahandanya pada 22 Jun 1911. Baginda bertugas sebagai Timbalan Hakim Mahkamah Tinggi dan kemudian mewakili kekandanya di Singapura pada tahun 1942. Sultan Ibrahim menaiki takhta Kelantan pada 21 Jun 1944 selepas kemangkatan kekanda baginda Sultan Ismail yang tidak berputera dan dimahkotakan secara rasmi di Istana Balai Besar, Kota Bharu pada 31 Oktober 1944. Pada tahun 1953, Sultan Ibrahim berangkat menghadiri pertabalan Queen Elizabeth II. Baginda mempunyai 6 isteri dan mempunyai 13 putera dan 14 puteri. Baginda mangkat pada 9 Julai 1960 di Istana Seri Cemerlang, Kota Bahru, pada umur 62 setelah memerintah selama 16 tahun dan diganti oleh putera ketiga baginda (tetapi putera sulung daripada perkahwinan ketiganya merangkap perwaris takhta yang dilantik), Sultan Yahya Petra.