Sultan Muhammad IV
| Muhammad IV | |
|---|---|
| Muhammad Al-Wathiq Billah al-Azzhiz Shah IV | |
| Pemerintahan | 10 Februari 1899 - 23 Disember 1920 |
| Pendahulu | Sultan Mansur |
| Pengganti | Sultan Ismail |
| Raja Muda | Tiada |
| Pasangan | nikah pada (ke-1) 1888, Sultanah Zainab binti Muhammad Amin (lahir 1877; mangkat Istana, Kota Bharu, 23 Julai 1928, Makam Diraja, Kampung Langgar), lahir sebagai Nik Wan Zainab binti Nik Wan Muhammad Amin, ditabalkan sebagai Sultanah di Istana Balai Besar, Kota Bharu, 15 Februari 1916, puteri Nik Wan Muhammad Amin bin Wan ‘Abdu’l gallaran Ngah. (ke-2) Cik Jarah binte Encik Yusuf. m. (a) (cerai sebelum 1907) Wan Serang Bulan |
| Anakanda | |
| Sultan Ismail Tengku Embong Tengku Kembang Petri Sultan Ibrahim Tengku Yusoff Tengku Zubaidah Tengku Zainab Tengku Mahmud Tengku Muhammad | |
| Nama penuh | |
| Sultan Muhammad IV ibni al-Marhum Sultan Muhammad III | |
| Ayahanda | Sultan Muhammad III ibni al-Marhum Sultan Ahmad |
| Bonda | Tengku Sofia binti Tengku Putthih |
| Keputeraan | 23 Mei 1858 Kota Bharu, Kelantan, Malaya British |
| Kemangkatan | 23 Disember 1920 (umur 62) Kota Bharu, Kelantan, Malaya British |
| Dimakamkan | Makam Diraja Langgar, Kota Bharu, Kelantan, Malaya British |
| Agama | Islam |
Sultan Muhammad IV ibni al-Marhum Sultan Muhammad III (Jawi: سلطان محمد كامڤت ابن المرحوم سلطان محمد کتيݢ) atau Tuan Long Senik ialah putera Long Kundur (Sultan Muhammad III).
Baginda diputerakan pada 23 Mei 1858 oleh bondanya, Tengku Ampuan Kelantan Tengku Sofia binti Raja Long Putih Pattani. Baginda dilantik menjadi Tengku Sri Indra Mahkota pada tahun 1890 dan seterusnya ke jawatan Raja Muda Kelantan pada 25 Julai 1898 oleh ayahanda saudaranya, Sultan Mansur. Baginda telah menaiki takhta pada tahun 1899 menggantikan ayahanda saudaranya dengan gelaran Raja dan Yang Di-Pertuan Kelantan tetapi hanya mula memakai gelaran Sultan, pada tahun 1911, setelah menandatangani perjanjian dengan British untuk mengiktiraf baginda sebagai Sultan Kelantan dengan syarat baginda menerima Penasihat British. Baginda memerintah sehingga tahun 1920. Dalam zaman pemerintahan baginda Kelantan mencapai kemajuan yang pesat dalam bidang rohani dan jasmani yang menuju kearah permodenan, dengan sistem pemerintahan yang lebih demokrasi, kemas dan teratur dengan pembukaan pejabat-pejabat dan sekolah-sekolah yang menjadi asas yang kukuh untuk Kelantan berkembang maju di zaman-zaman berikutnya.