Sistem Transit Aliran Johor Bahru–Singapura

Sistem Transit Aliran
Johor Bahru–Singapura
سيستم ترنسيت اليرن جوهر بهارو–سيڠاڤورا
Jajaran RTS dalam pembinaan setakat 9 Mei 2024.
Umum
Nama lainJohor Bahru–Singapore Rapid Transit System
JenisTransit kereta api ringan (LRT) rentas sempadan
StatusDalam pembinaan (80% siap)
Lokasi
Terminal Bukit Chagar
Woodlands North
Stesen2
Perkhidmatan1
Operasi
Dirancang dibukaJanuari 2027 (2027-01)
PemilikInfraCo
PengendaliOpCo
RTS Link (usaha sama Prasarana & SMRT)
30 tahun tempoh konsesi
CiriBertingkat, bawah tanah
Depot Wadi Hana, Johor Bahru
Teknikal
Panjang landasan4 km (2.5 bt)
Bilangan landasan2
Tolok landasan1,435 mm (4 kaki 8 12 in) tolok piawai
Pengelektrikan750 V DC rel ketiga
Kelajuan operasi80 km/j (50 mph)
Peta laluan


Sistem Transit Aliran Johor Bahru–Singapura (RTS) ialah transit aliran ringan rentas sempadan yang bakal menghubungkan Johor Bahru, Malaysia dengan Singapura, merentasi Selat Tebrau. Apabila siap dibina, sistem ini akan menjadi laluan kereta api penghubung kedua antara dua negara tersebut selepas perkhidmatan KTM Tebrau Shuttle. Sistem ini mengandungi dua stesen yang dilengkapi dengan fasiliti kastam, imigresen dan kuarantin (CIQ), iaitu stesen Bukit Chagar di Johor dan Woodlands North di Singapura. Penyelenggaraan dan penyimpanan gerabak kereta api pula akan dibuat di Depoh Wadi Hana.

Sistem ini bakal membawa lebih 10,000 penumpang setiap jam dan mengurangkan kesesakan trafik di Tambak Johor setelah permulaan operasinya pada Januari 2027.