Saleem
Saleem | |
|---|---|
Saleem mengadakan persembahan di Anugerah MeleTOP Era 2016. | |
| Kelahiran | A. M. Saleem bin Abdul Majeed 31 Ogos 1961 |
| Meninggal dunia | 14 Oktober 2018 (umur 57) Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia |
| Sebab kematian | Kemalangan motosikal |
| Dikebumikan | Tanah Perkuburan Islam Batu 10, Cheras, Kuala Lumpur |
| Pendidikan | Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) |
| Pekerjaan |
|
| Tahun aktif | 1985–2018 |
| Pasangan | Napisah Mohamed (bercerai) Julia Bachok |
| Anak-anak | 6 (termasuk Syafiq Farhain) |
| Kerjaya muzik | |
| Genre | |
| Alat muzik | Vokal |
| Diskografi | Lihat: Saleem discography (en) |
| Syarikat rakaman |
|
| Kegiatan berkaitan | Iklim |
A. M. Saleem Abdul Majeed, juga lebih dikenali sebagai Saleem Iklim (31 Ogos 1961 – 14 Oktober 2018) merupakan seorang penyanyi lelaki Malaysia yang merupakan vokalis kumpulan Iklim yang meraih kejayaan dalam industri muzik pada dekad 1990-an.
Dikenali oleh media tempatan sebagai "Raja Balada Malaysia", beliau merupakan bekas anak didik penggubah muzik terkenal, Wan Zul. Lagu nyanyian beliau ciptaan Wan Zul dan M. Nasir telah meletakkan dirinya sebagai salah seorang artis tanah air yang terkenal dan diminati ramai sebaris dengan artis-artis popular yang lain pada masa itu seperti Jamal Abdillah, Ekamatra dan Wings.
Iklim telah menerbitkan 8 album studio setakat ini, dan mendapat tempat dalam industri muzik menerusi lagu "Suci Dalam Debu" pada tahun 1990. Saleem telah merakamkan 11 album solo. Beliau dan kumpulannya telah berjaya menempa nama di luar negara seperti Indonesia, Singapura, Brunei, selatan Filipina, selatan Thailand, Pulau Krismas dan Kepulauan Cocos di Australia. Saleem dikenali kerana "kekuatan vokalnya" dan suaranya yang "serak-serak basah". Beliau ialah bapa kepada Syafiq Farhain yang turut mengikut jejak langkahnya sebagai penyanyi.