Rayani Air

Rayani Air
Syarikat Penerbangan Rayani Air
راياني أير
清真航空
ரயாணி ஏர்
IATA ICAO Pengenal
RK RKT BLUE GREEN
Ditubuhkan2015 (2015)
Bermula operasi20 Disember 2015 (2015-12-20)
Operasi ditamatkan2016 (2016)
Hab
Hab kedua
Pesawat- (tiada data yang tersedia)
Destinasi5 (jumlah keseluruhan destinasi)
Syarikat indukRayani Air Sdn Bhd
Ibu pejabat Shah Alam, Selangor, Malaysia
Orang pentingRavi Alagendrran & Dato Karthiyani Govindan (Pengasas)

Jaafar Zamhari (Pengarah Urusan) Meletak Jawatan Akhir Januari 2016

Kapten Sumar Lee bin Hashim Lee (Ketua Pengarah Operasi)
Laman webwww.rayaniair.com(laman web tidak berfungsi)

Rayani Air (jawi: راياني أيز) (Tamil: ரயாணி ஏர்) merupakan sebuah syarikat penerbangan, Rayani Air Sdn. Bhd. (Rayani Air) yang dijangka memulakan operasinya di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) Batu Berendam, Melaka, pada Januari 2016. Buat permulaan, ia dijangka memulakan operasi di lapangan terbang berkenaan dengan buat permulaan menggunakan dua pesawat jenis Fokker-ATR 72.

Menerusi persetujuan bersama antara Rayani Air dengan kerajaan negeri, sebanyak lima laluan turut diperkenalkan termasuklah Melaka-Pulau Pinang-Melaka, Melaka-Langkawi-Melaka, Melaka-Kota Bahru-Melaka, Melaka-Kuching-Melaka dan Melaka-Kota Kinabalu-Melaka. “Rayani Air bakal menampilkan kelainan dari segi perkhidmatan agar tidak membebankan pengguna malah menawarkan tiket pada harga berpatutan.

Rayani Air sedang menunggu Lesen Perkhidmatan Udara (ASL) daripada Jabatan Penerbangan Awam (DCA) sebelum boleh memulakan operasi. Rayani Air akan menggunakan LTAM sebagai destinasi utama bagi laluan domestik ke semua lima destinasi tersebut. “Rayani Air dijangka akan menjadikan Melaka sebagai pusat transit pelancongan selatan, sekali gus mampu menghidupkan kembali operasi penerbangan di LTAM.

Imej baru

Dengan imej koperat yang baru setelah pertukaran pengurusan, Rayani Air akan beroperasi menggunakan rangkaian pesawat B737-400. Krew kabin wanita mengenakan tudung hampir sama dengan krew kabin penerbangan jemaah haji untuk pesawat MAS/Tabung Haji.

Rayani Air adalah Syarikat penerbangan patuh syariah pertama di Malaysia, Rayani Air memberi jaminan akan terus mendapatkan komposisi terbaik dalam meneruskan misi mereka kekal dalam syariat Islam.

Antaranya adalah mewajibkan semua anak kapal wanita yang beragama Islam memakai tudung, tiada sebarang alkohol dalam penerbangan, makanan yang disediakan juga berorientasikan halal, membaca doa oleh krew kabin lelaki , jika tiada kru lelaki, rakaman audio doa pasangkan sebelum memulakan perjalanan dan juga mengamalkan jariah yang lain.

Ia adalah syarikat penerbangan pertama Syariah - patuh di Malaysia dan syarikat penerbangan keempat di dunia, selepas Royal Brunei Airlines (RBA), Saudia dan Iran Air. Tidak ada minuman beralkohol atau daging babi yang disajikan di kapal sesuai dengan undang-undang diet Islam dan doa dibacakan sebelum setiap penerbangan.

Penerbangan komersial pertama Rayani Air ialah dari KLIA2 ke Langkawi pada 20 Disember 2015. Dalam penerbangan pertama itu, lebih 10 agensi media turut dibawa melihat 'aksi' sulung Rayani Air. Selain media, Rayani Air turut membawa 18 anak-anak yatim dari Institut Taufiq Islami, Jalan Kebun, Klang untuk sama-sama merasai penerbangan pertama Rayani Air.

Cadangan laluan destinasi menggunakan pesawat B737-400. KLIA2 ke Pulau Langkawi, Kota Bharu serta Sabah dan Sarawak beserta laluan Kota Bharu-Pulau Langkawi.

Penamatan Operasional Syarikat Penerbangan Ia terpaksa menghentikan operasi setelah hanya lima bulan kerana masalah pengurusan, keselamatan dan keselamatan, mogok percubaan dan kekurangan dana.