Nasrani


Kristian ialah agama monotheisme Ibrahimik, mengaku bahawa Yesus adalah Anak Tuhan dan dibangkitkan daripada kematian selepas penyalibannya, yang kedatangannya sebagai Mesias (Kristus) telah dinubuatkan dalam Perjanjian Lama dan dicatatkan dalam Perjanjian Baru. Kristian merupakan agama terbesar di dunia yang paling ramai dianuti oleh manusia dan diikuti oleh agama Islam tempat agama kedua terbesar. Kitab suci bagi agama Kristian disebut sebagai Bible atau Alktiab yang terdiri daripada dua bahagian iaitu Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru. Perjanjian lama adalah berdasarkan kitab suci Yahudi yang disebut Tanakh manakala Perjanjian Baru berdasarkan Injil Kristian yang diolah mengikut kesesuaian.

Pelbagai tradisi agamawi, kepercayaan dan cara sembahyang yang memegang pada adat resam yang tertentu wujud dalam Kristianiti. Agama Kristian selalunya dipaparkan sebagai tiga aliran yang terutama yang telah dibentuk selama dua ribu tahun dahulu:

Katolik Roma (denominasi dominan terbesar, dengan anggaran 1.2 bilion penganut yang dibaptis),

Ortodoks (Ortodoks Timur dan Ortodoks Oriental),

Protestan (Pelbagai mazhab dan aliran fikiran, seperti Anglikanisme, Reformasi, Lutheran, Methodis, Injili, and Pentakostalisme)

Penganut Kristian menganggap bahawa Yesus adalah anak Yahweh. Beliau dikatakan membentuk sebahagian daripada Tritunggal (sang hyang Tri Tunggal Mahakudus di Indonesia atau Tri Tunggal Mahasuci di Singapura). 'Tritunggal' bermaksud tiga peribadi Tuhan Bapa, Tuhan Anak (Yesus) dan Roh Kudus yang membentuk satu intipati Allah. Penganut Kristian juga percaya bahawa Yesus wujud bersama Yahweh sebelum terciptanya dunia, dilahirkan di dunia menerusi Bunda Maria (yang merupakan seorang perawan), dibangkitkan dari kubur setelah wafat selama tiga hari dan kini berada di "tangan kanan" Yahwe Tuhan di syurga.