Lutheranisme

Lutheranisme ialah sebuah mazhab atau cabang gereja utama dalam Agama Kristian yang berkait kepada ajaran Martin Luther, seorang agamawan abad ke-16 yang memulakan suatu pergerakan pembaharuan agama sangat berpengaruh melalui penulisan 95 Dalilnya sehingga menyebabkan suatu perpecahan doktrin dalam dunia Kristian.

Gereja ini banyak ditemui dengan jutaan penganut (diberi nama Luteran) di serata dunia. Persekutuan Luteran Sedunia menganggarkan sebanyak leibh 74 juta orang yang berada dalam gereja ini, namun ia tidak mengira gereja-gereja bermazhab ini yang tidak memasuki persekutuan ini secara rasmi mahupun tidak mengiktiraf diri sebagai gereja Luteran. Mazhab gereja ini merupakan agama rasmi di beberapa negara Nordik tertentu iaitu Iceland, Norway, Denmark, Greenland dan Kepulauan Faroe.