Menara Berkembar Petronas

Menara Berkembar PETRONAS
منارا برکمبر ڤيترونس
Nama alternatifMenara PETRONAS, Menara KLCC
EtimologiPetronas
Ketinggian yang direkodkan
sejarah bangunan tertinggi di dunia
(sejak 1998 hingga 2004)
Didahului olehMenara Willis
Diatasi olehTaipei 101
Maklumat umum
JenisMenara berkembarpencakar langittarikan pelancong
Gaya seni binaSeni bina pascamoden
LokasiJalan Ampang, Kuala Lumpur
AlamatMenara Berkembar Petronas, Pusat Bandaraya Kuala Lumpur, 50088, Kuala Lumpur
NegaraMalaysia
Koordinat3°9′28″N 101°42′42″E 
Pecah tanah1 Januari 1992 (1992-01-01)
Pembinaan bermula1 Mac 1993 (1993-03-01)
Disiapkan pada1 Mac 1996 (1996-03-01)
Dibuka pada31 Ogos 1999 (1999-08-31) (majlis pelancaran perasmian gemilang)
Dirasmikan pada31 Ogos 1999 (1999-08-31) (majlis pelancaran perasmian gemilang)
Diubah suai pada16 September 2011 (2011-09-16)
PembiayaanAS$1.6 bilion
PemilikKLCC Holdings Sdn Bhd
Maklumat ketinggian
Puncak451.9 m (1,483 ka)
Menara antena46 m (151 ka)
Bumbung405.9 m (1,332 ka)
Tingkat teratas375 m (1,230 ka) (aras 88)
Balai cerap370 m (1,210 ka) (aras 86)
Butiran teknikal
Bilangan tingkat88 (5 di aras bawah tanah)
Lif/mesin pengangkat38 (setiap menara)
Keluasan permukaan395,000 m²
Reka bentuk dan seni bina
ArkitekCésar Pelli
PemajuKLCC Property Holdings
Jurutera penstrukturanThornton Tomasetti, Ranhill Bersekutu
Kontraktor utamaHazama Corporation, Samsung C&T CorporationKukdong Engineering & Construction (en)
Maklumat lain
https://www.petronastwintowers.com.my/
Rujukan
sunting · sunting di Wikidata

Menara Berkembar PETRONAS (Tulisan Jawi: منارا بركمبر ڤيترونس) di Kuala Lumpur, Malaysia ialah sepasang menara berkembar yang pernah menjadi bangunan tertinggi di dunia sebelum diatasi oleh Burj Khalifa dan Taipei 101. Sungguhpun begitu, kedua-dua menara ini masih merupakan menara berkembar tertinggi di dunia dan juga merupakan bangunan tertinggi pada abad ke-20. Kini, Menara Berkembar Petronas merupakan bangunan ke-11 tertinggi di dunia. Menara Berkembar Petronas memegang gelaran bangunan tertinggi dari tahun 1998 hingga 2004 dari segi ukuran dari aras pintu masuk utama hingga atas struktur, iaitu rujukan ketinggian asli yang digunakan oleh pertubuhan antarabangsa Majlis Bangunan Tinggi dan Habitat Bandar sejak tahun 1969 (tiga kategori ketinggian tambahan diperkenalkan ketika menara ini hampir disiapkan pada tahun 1996). Menara berkembar ini merupakan mercu tanda dan ikon Kuala Lumpur, bersama-sama Menara Kuala Lumpur yang terletak berdekatan. Menara Berkembar Petronas telah majlis pelancaran pembukaan rasmi sepenuhnya bermula umum secara nasional dan antarabangsa oleh Perdana Menteri Malaysia ke-4, Mahathir Mohamad sempena ulang tahun Petronas ke-25 dengan tajuk pesta perak dan Hari Kemerdekaan Malaysia ke-42 pada 31 Ogos 1999.