César Pelli

César Pelli
Pelli in 2010
Maklumat peribadi
Lahir(1926-10-12)12 Oktober 1926
San Miguel de Tucumán, Argentina
Meninggal dunia19 Julai 2019(2019-07-19) (umur 92)
New Haven, Connecticut, A.S.
PraktisPelli Clarke Pelli Architects
Hasil kerja
Bangunan
RekaanSenibina moden dengan pelbagai bahan, formal, dan kontekstual dan tiada gaya peribadi.
AnugerahDoctor of Arts, CTBUH Skyscraper Award, the Connecticut Architecture Foundation Distinguished Leadership Award, The Lynn S. Beedle Lifetime Achievement Award, The Aga Khan Award for Architecture

César Pelli (12 Oktober 1926 - 19 Julai 2019) ialah seorang jurubina kelahiran Argentina, yang terkenal kerana mereka bentuk beberapa buah bangunan tertinggi di dunia dan bermacam-macam lagi mercu tanda bandaraya utama. Kebanyakan dari hasil seni rekaan bangunan yang beliau lakarkan, beliau lebih dikenali atas perekaan binaan yang cenderung berunsur litupan logam serta bercorak likur.

Pada tahun 1991, Institut Jurubina Amerika (AIA) menyenaraikan Pelli di kalangan sepuluh jurubina Amerika terhandal yang hidup di dunia. Antara berpuluh-puluh anugerah yang diraihnya termasuk AIA Gold Medal 1995 yang mengiktiraf hasil pembinaan yang memberikan pengaruh berpanjangan dalam teori dan amalan seni bina.

Hasil seni bina Pelli yang paling terkemuka di dunia ialah Menara Berkembar Petronas yang pernah membawa gelaran bangunan tertinggi di dunia. Beliau juga mereka bina kompleks World Financial Center di Manhattan, yang mengelilingi tapak World Trade Center.