Menara Petronas 3
| Menara Petronas 3 | |
|---|---|
| Maklumat umum | |
| Status | Siap |
| Jenis | Pejabat/pusat membeli-belah |
| Lokasi | Kuala Lumpur |
| Negara | Malaysia |
| Koordinat | 3°9′24″N 101°42′40″E |
| Pembinaan bermula | Lewat 2006 |
| Disiapkan pada | 2011 |
| Pembiayaan | RM 665 juta untuk superstruktur |
| Pemilik | KLCC Properties |
| Pengurusan | KLCC Properties |
| Maklumat ketinggian | |
| Bumbung | 267 m (876 ka) |
| Butiran teknikal | |
| Bilangan tingkat | 60 |
| Keluasan tingkat | 900,000-kaki-persegi (84,000 m2) |
| Lif/mesin pengangkat | 28 |
| Reka bentuk dan seni bina | |
| Arkitek | Pelli Clarke Pelli Architects |
| Pemaju | KLCC Property Holdings |
| Kontraktor utama | Daewoo Engineering And Construction |
| sunting · sunting di Wikidata | |
Menara Petronas 3 yang sebelum ini dikenali sebagai Menara Carigali, ialah bangunan pencakar langit disiapkan di sebidang tanah yang dikenali sebagai Lot C KLCC, berukuran 1.06 ekar (0.43 hektar) bersebelahan dengan KLCC Kuala Lumpur. Bangunan ini akan menampilkan lanjutan 6 tingkat ke pusat membeli-belah Suria KLCC dengan seluruh tingkat di atas yang terdiri daripada ruang pejabat. Selepas disiapkan Menara Carigali akan dijadikan ibu pejabat Petronas Carigali, anak syarikat E&P PETRONAS dan beberapa anak syarikat multinasional tempatan seperti Microsoft Malaysia akan ditempatkan di menara baru. Bersama dengan Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dan kondominium Binjai, pembangunan Lot C berada di bawah Fasa 2 projek KLCC. Kos pembangunan dilaporkan pada RM1 bilion.