UTC+8

UTC+8 merupakan masa ofset di antara waktu piawai antarabangsa dengan perbezaan waktu sebanyak lapan jam. Dalam format penulisan ISO 8601, lokasi yang menggunakan masa ofset ini ditulis sebagai 2017-04-12T04:11:11+08:00. Zon waktu ini tidak mempunyai waktu jimat siang (bahasa Inggeris: Daylight Saving Time).

Zon waktu ini juga pernah dicadangkan sebagai Waktu Seragam ASEAN (bahasa Inggeris: ASEAN Common Time) (ACT) dan perkara ini masih lagi dalam peringkat perbincangan di antara menteri-menteri ASEAN.