Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu ڤرساتوان بڠسا٢ برساتو Nama dalam bahasa-bahasa rasminya
| |||||||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| |||||||||||||
Peta menunjukkan negara ahli Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu | |||||||||||||
| Ibu pejabat | Kota New York (Kawasan antarabangsa) | ||||||||||||
| Bahasa-bahasa rasmi | |||||||||||||
| Jenis | Pertubuhan antara kerajaan | ||||||||||||
| Keanggotaan | 193 buah negara ahli 2 buah negara pemerhati | ||||||||||||
| Pemimpin | |||||||||||||
| António Guterres | |||||||||||||
| Amina J. Mohammed | |||||||||||||
• Presiden Perhimpunan Agung | Miroslav Lajčák | ||||||||||||
| Marie Chatardová | |||||||||||||
• Presiden Majlis Keselamatan | Kairat Umarov | ||||||||||||
| Pendirian | |||||||||||||
• Piagam PBB ditandatangani | 26 Jun 1945 | ||||||||||||
• Piagam dikuatkuasakan | 24 Oktober 1945 | ||||||||||||
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Mal., Sin., Bru. Jawi: ڤرتوبوهن بڠسا٢ برساتو), juga Perserikatan Bangsa-Bangsa Ind.; dua-dua disingkatkan kepada PBB) ialah sebuah pertubuhan antarabangsa yang ditubuhkan di San Francisco, California pada 24 Oktober 1945 selepas Perang Dunia Kedua. Keahliannya terbuka kepada semua negara berdaulat di seluruh dunia. Matlamat-matlamat utamanya sebagaimana yang ditetapkan dalam piagamnya adalah untuk mengelakkan perulangan pertikaian yang hebat, menegaskan hak asasi manusia dan Bantuan kemanusiaan yang utama, menjamin rasa hormat akan undang-undang antarabangsa, serta memperbaiki taraf hidup penduduk di seluruh dunia.
PBB telah ditubuhkan semata-mata untuk menggantikan Liga Bangsa-bangsa yang telah dibubarkan setelah gagal menghalang Perang Dunia Kedua. Ibu pejabat asal PBB terletak di San Francisco, namun bertukar operasinya ke Kota New York yang merupakan ibu pejabat sejak 1946 sehingga kini.