Dolar Amerika Syarikat

Dolar Amerika Syarikat
دولر أميريک شريکت
Wang kertas $1 hingga $100Syiling AS
ISO 4217
KodUSD
Jenis mata wang
Subunit
 1/10Dime
 1/100Cent
 1/1000Mill
Simbol$ atau AS$
Cent¢ atau c
Mill
Nama samaran
Buck, green, dan greenback. Juga, Washingtons, Jeffersons, Lincolns, Benjamins, dan Hamiltons dipakai mengikut peringkat nilai, juga peso di Puerto Rico.
Wang kertas
 Kerap digunakan
1¢, 5¢, 10¢, 25¢
 Jarang digunakan
50¢, $1
Syiling
 Kerap digunakan$1, $5, $10, $20, $50, $100
 Jarang digunakan$2
Demografi
Pengguna
Pengeluaran
Rizab Persekutuan
 Tapak web
www.wongkudus.my.id
Pihak pencetak
Biro Ukiran dan Cetakan
 Tapak web
www.wongkudus.my.id
Kilang wang
Kilang Syiling Amerika Syarikat
 Tapak web
www.wongkudus.my.id
Penilaian
Inflasi
2.9% (2024)
 SumberThe Global Economy
Dipancang oleh
21 mata wang
  • Florin Aruba
    Dolar Bahamas
    Dinar Bahrain
    Dolar Barbados
    Dolar Belize
    Ruble Belarus
    Dolar Bermuda
    Dolar Kepunyaan Cayman
    Peso boleh tukar Cuba
    Franc Djibouti
    Dolar Karibean Timur
    Nakfa Eritrea
    Dolar Hong Kong (jalur sempit)
    Dinar Jordan
    Paun Lubnan
    Rufiyaa Maldives
    Gulden Netherlands Antilles
    Rial Oman
    Riyal Qatar
    Riyal Saudi
    Dirham Emiriah Arab Bersatu
sunting

Dolar Amerika Syarikat (bahasa Inggeris: United States dollar; kod mata wang: USD) ialah unit mata wang Amerika Syarikat. Dolar Amerika Syarikat juga diterima guna sebagai mata wang rasmi dan sah oleh kerajaan di beberapa buah negara lain. Dolar A.S. biasanya disingkatkan dalam bentuk tanda dolar yakni $, atau USD atau US$ agar membezakannya dari mata wang dolar yang lain dan dari mata wang lain yang memakai simbol $. Satu dolar dibahagi kepada 100 cents.

Diterima guna sejak 6 Julai 1785, dolar A.S. merupakan mata wang yang paling laris digunakan dalam urus niaga antarabangsa. Sebilangan negara menggunakan dolar A.S. sebagai mata wang rasmi, sementara banyak buah negara lain membenarkan dolar A.S. membenarkan penggunaannya. Pada tahun 1995, lebih AS$380 bilion berada dalam edaran, dua pertiga daripadanya berada di luar Amerika Syarikat. Pada tahun 2005, perangkaan itu sudah berganda menjadi hampir AS$760 bilion, dengan kira-kira setengah hingga dua pertiga berada di luar negara, menandakan kadar pertumbuhan tahunan sebanyak kira-kira 7.6%. Bagaimanapun, pada Disember 2006, dolar telah diatasi oleh euro dari segi jumlah nilai wang tunai dalam edaran. Sejak itu nilai semasa wang tunai euro dalam edaran telah meningkat kepada lebih €695 bilion, bersamaan dengan AS$1,029 bilion pada kadar tukaran semasa.