Ikatan Masyarakat Islam Malaysia

Ikatan Masyarakat Islam Malaysia
Pemimpin/ketua-
PengasasHaji Abdul Wahab Yunus
Diasaskan28 Februari 1990
Dibubarkan3 April 1999
PecahanParti Hizbul Muslimin Malaysia (HAMIM)
Didahului olehParti Hizbul Muslimin Malaysia
Digantikan olehParti Keadilan Nasional
Ibu pejabatKuala Dungun, Dungun, Terengganu
Akhbar-
Sayap belia/pemuda-
Keanggotaan (1990)198,995
IdeologiIslamisme, Keadilan sosial
Hubungan kebangsaan-
Hubungan antarabangsa-
Warnamerah putih hijau kuning
Tapak sesawang-
Catatan kaki
-
sunting · sunting di Wikidata


Ikatan Masyarakat Islam Malaysia (IKATAN) atau Muslim Community Union of Malaysia adalah parti politik Islam yang kecil yang ditubuhkan pada 1990 berpengkalan di Terengganu.

IKATAN adalah parti serpihan Parti Hizbul Muslimin Malaysia/Parti Hizbul Muslimin Malaysia (HAMIM) yang telah ditubuhkan oleh Haji Abdul Wahab Yunus (Mantan Ahli Parlimen Dungun) dari Terengganu yang mengambil keputusan bersama kumpulannya untuk keluar daripada HAMIM selepas beliau kalah dalam pertandingan bagi jawatan Presiden HAMIM pada 1990. Pada asalnya, parti tersebut ditubuhkan menggunakan singkatan IMAM dengan berpusat di Kuala Lumpur. Namun, ROS telah menolak nama tersebut dan singkatan IKATAN telah digunakan. Perlembagaan IKATAN telah dipinda pada 1999 untuk mengubah nama parti kepada Parti Keadilan Nasional (KeADILan) dan kemudiannya dilancarkan pada 4 April 1999. untuk membolehkan gerakan Reformasi pada tahun 1998-1999 didaftarkan sebagai parti politik berdaftar yang sah setelah menghadapi halangan didaftar oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS). Parti Keadilan Nasional (KeADILan) kemudiannya diubah nama pula kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) selepas pengabungan dengan Parti Rakyat Malaysia (PRM) on 3 August 2003.