Hamdan Tahir
Hamdan Sheikh Tahir | |
|---|---|
| Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang | |
| Dalam jawatan 1 Mei 1989 – 30 April 2001 | |
| Didahului oleh | Tun Dr. Awang Hassan |
| Digantikan oleh | Tun Abdul Rahman Abbas |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | 27 April 1921 Kuala Kangsar, Perak, Negeri-negeri Melayu Bersekutu, British Malaya (kini Malaysia) |
| Meninggal dunia | 20 Januari 2005 (umur 83) George Town, Pulau Pinang, Malaysia |
| Tempat semadi | Makam Negeri, Masjid Negeri Pulau Pinang |
| Pasangan | Toh Puan Siti Zainab Baharuddin |
| Ibu bapa | Sheikh Muhammad Tahir Jalaluddin |
| Tempat belajar | Universiti Nottingham Universiti Malaya, Singapura |
Tun (Dr.) Haji Hamdan bin Sheikh Tahir (27 April 1921 – 20 Januari 2005) merupakan Naib Canselor Kedua Universiti Sains Malaysia (USM) di Pulau Pinang. Beliau menjadi pengetua pertama Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh, Perak (1957–1960). Pelajar pertama sekolah itu seramai 360 orang. Seterusnya beliau dilantik sebagai Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. Beliau terpilih menjadi Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang (1989–2001).