Panglima Setia Mahkota

Darjah Yang Mulia Setia Mahkota Malaysia
Dianugerahkan oleh

Yang di-Pertuan Agong
JenisPerintah
Dizahirkan15 April 1966
NegaraMalaysia 
Reben         
Jalur biru dan merah ditepi
Dianugerahkan untukPerkhidmatan cemerlang kepada negara
StatusMasih dikurniakan
PenganugerahYang di-Pertuan Agong
GredPanglima Setia Mahkota
Singkatan darjahPSM
Perangkaan
Pelantikan pertama1966
Pelantikan terakhir2025
Jumlah lantikan1,010 PSM
123 PSM (Kehormat)
Susunan keutamaan
Lebih tinggiPanglima Mangku Negara
Lebih rendahPanglima Jasa Negara

Reben Darjah PSM
sunting ยท sunting di Wikidata


Panglima Setia Mahkota (P.S.M.) merupakan pangkat kedua antara tiga pangkat dalam Darjah Yang Mulia Setia Mahkota Malaysia (YMSMM). DYMSMM merupakan darjah keempat antara sepuluh darjah Anugerah Diraja Malaysia. Ia juga adalah darjah kelas kedua bagi kurniaan 'Tan Sri'.

Anugerah Panglima Setia Mahkota (P.S.M.) membawa gelaran 'Tan Sri' dan isteri penyandang bergelar 'Puan Sri'. Keanggotaan dalam darjah Panglima Setia Mahkota (P.S.M.) terhad kepada 450 orang, tidak termasuk anugerah kehormat yang dikurniakan kepada warganegara asing.