H. S. Lee
Henry Lee Hau Shik | |
|---|---|
| 李孝式 | |
| Menteri Kewangan Malaysia pertama | |
| Dalam jawatan 31 Ogos 1957 – 22 Ogos 1959 | |
| Raja | Abdul Rahman |
| Didahului oleh | Jawatan diwujudkan |
| Digantikan oleh | Tan Siew Sin |
| Menteri Pengangkutan Malaysia | |
| Dalam jawatan 1 Ogos 1955 – 31 Ogos 1957 | |
| Raja | Elizabeth II |
| Didahului oleh | Jawatan diwujudkan |
| Digantikan oleh | Abdul Rahman Talib |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | 19 November 1900 Hong Kong |
| Meninggal dunia | 22 Jun 1988 (umur 87) Kuala Lumpur, Malaysia |
| Parti politik | Kuomintang MCA |
| Pasangan | Toh Puan Lady Dawn Kathleen Glen Toh Puan Lady Kwan Choi Lin |
| Anak | Douglas K.K. Lee (M) Thomas M.L. Lee (M) Alex Y.L. Lee (M) George Y.L. Lee (M) Jasmine Lee (F) |
| Kediaman | Kuala Lumpur, Malaysia |
| Pekerjaan | Ahli politik, ahli perniagaan, pegawai bank, peguam |
Kolonel Tun Sir Henry Lee Hau-shik, lebih dikenali sebagai Tun H. S. Lee (19 November 1900 – 22 Jun 1988) merupakan antara tokoh yang terlibat dalam mendapatkan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu dan kemudian menjadi Menteri Kewangan pertamanya dalam Jemaah Menteri Malaya pertama. Beliau juga pernah menjadi Menteri Pengangkutan dalam kabinet sementara sebelum kemerdekaan.
H. S. Lee merupakan anak sulung kepada seorang usahawan dari Gaozhou, Guangdong Lee Kwai-lim dan isterinya Kam Kwok-chun. Pada 1924, H. S. Lee berpindah ke Malaya bagi membantu perniagaan bapanya. Beliau dengan cepat menyesuaikan diri dan aktif berpersatuan.
Selepas perang, Tun H. S. Lee merupakan antara tokoh yang terlibat dalam menubuhkan MCA, dan kemudian bertanggungjawab memulakan kerjasama antara kaum sehingga mencetuskan idea penubuhan Parti Perikatan.