Grand Prix Malaysia 2006
| Maklumat perlumbaan | ||
|---|---|---|
| Perlumbaan ke-2 daripada 18 dalam Formula Satu musim 2006. | ||
Litar Antarabangsa Sepang | ||
| Tarikh | Mac 19 2006 | |
| Nama rasmi | VIII Petronas Malaysian Grand Prix | |
| Lokasi | Litar Antarabangsa Sepang Sepang, Selangor, Malaysia | |
| Litar | Litar perlumbaan tetap 5.54 km (3.44 batu) | |
| Jarak | 56 pusingan, 310.408 km (192.878 batu) | |
| Cuaca | Cerah, Suhu udara: 33°C, Kelajuan angin: 1.5 m/s, Kelembapan: 61% | |
| Petak pertama | ||
| Pemandu | Giancarlo Fisichella | Renault |
| Masa | 1:33.840 | |
| Pusingan terpantas | ||
| Pemandu | Fernando Alonso | Renault |
| Masa | 1:34.803 pada pusingan ke-45 | |
| Podium | ||
| Pertama | Giancarlo Fisichella | Renault |
| Kedua | Fernando Alonso | Renault |
| Ketiga | Jenson Button | Honda |
Grand Prix Malaysia 2006 (nama rasmi: VIII Petronas Malaysian Grand Prix) ialah sebuah perlumbaan bermotor Formula Satu yang diadakan di Litar Antarabangsa Sepang di Selangor, Malaysia pada 19 Mac 2006. Ia merupakan perlumbaan kedua dalam kalendar Formula Satu musim 2006, dan merupakan Grand Prix Malaysia yang kelapan dalam Kejuaaran Dunia Formula Satu. Perlumbaan ini, yang dipertandingkan sebanyak 56 pusingan, telah dimenangi oleh pemandu Renault, Giancarlo Fisichella, yang memenangi perlumbaan terakhirnya dalam Formula Satu. Beliau juga memulakan perlumbaan ini dari petak pertama. Rakan sepasukan, Fernando Alonso, mendapat tempat kedua, manakala Jenson Button mendapat tempat ketiga untuk pasukan Honda F1.