George Town, Pulau Pinang

George Town
Tanjong Penaga
Bandar raya Pulau Pinang
Transkripsi lain
 • Tulisan Jawiجورجتاون
تنجوڠ ڤناڬا
 • Cina乔治市 (Ringkas)
喬治市 (Tradisional)
Qiáozhì shì (Pinyin)
 • Hokkien坡地
pho-tē (Tâi-lô)
phō͘-tē (Pe̍h-ōe-jī)
Senja latar langit pusat bandar
Kedua-dua jambatan Pulau Pinang
Jalan Penang
Mahkamah Tinggi Pulau Pinang
Etimologi: George III, Raja Britain dan Ireland
Nama panggilan: Mutiara Timur
Cogan kata: Memimpin Sambil Berkhidmat
Lokasi George Town di Pulau Pinang
George Town
   George Town dalam    Malaysia
Koordinat: 5°24′52.2″N 100°19′45.12″E / 5.414500°N 100.3292000°E / 5.414500; 100.3292000
Negara Malaysia
Negeri Pulau Pinang
DaerahTimur Laut dan Barat Daya
Kawasan pentadbiranPusat bandar dan 36 mukim
Diasaskan11 Ogos 1786
Diperbadankan1857
Tanah jajahan mahkota British1 April 1867 – 31 Ogos 1957
Pendudukan Jepun19 Disember 1941 – 3 September 1945
Taraf bandar raya1 Januari 1957
Pengembangan31 Mac 2015
Diasaskan olehFrancis Light
Pentadbiran
 • JenisMajlis bandaraya
 • BadanMajlis Bandaraya Pulau Pinang
 • Datuk BandarDato' Ir. Rajendran A/L P. Anthony
 • Setiausaha BandarayaCheong Chee Hong
Keluasan
 • Bandar raya, ibu negeri dan ibu daerah306 km2 (118 batu persegi)
 • Metro
3,765 km2 (1,454 batu persegi)
Aras
14 m (46 ft)
Penduduk
 (2020)
 • Bandar raya, ibu negeri dan ibu daerah794,313
 • Pemeringkatanke-8 di Malaysia, ke-2 di Pulau Pinang
 • Kepadatan2,596/km2 (6,720/batu persegi)
 • Metro
2,843,344 (ke−2)
 • Kepadatan metro756/km2 (1,960/batu persegi)
DemonimGeorgetowner
Demografi (2020)
 • Kumpulan etnik
KDNK (2020)
 • Jumlah$12.464 bilion
 • Per kapita$15,692
Zon waktuUTC+8 (WPM)
 • Musim panas (DST)Tidak diamalkan
Poskod
100xx–108xx
110xx–119xx
Kod kawasan+604
Pendaftaran kenderaanP
Pengangkutan awam
Laman sesawangwww.mbpp.gov.my
Nama rasmiMelaka and George Town, Historic Cities of the Straits of Malacca
KriteriaBudaya: (ii), (iii), (iv)
Rujukan1223
InskripsiSesi 2008 (ke-32 )
Lanjutan2011
Kawasan109.38 ha
Zon penampan150.04 ha
Laman sesawangwhc.unesco.org/en/list/1223
Koordinat5°25′N 100°20′E / 5.417°N 100.333°E / 5.417; 100.333
Lokasi dalam Pulau Pinang

George Town ialah bandar raya metropolitan yang terletak di timur laut negeri Pulau Pinang, Malaysia, selain menjadi ibu negeri bagi negeri tersebut.

George Town merupakan bandar raya pertama di Malaysia. Kerajaan tempatan kini ialah Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP). Kini George Town juga antara bandar raya tertua negara seperti bandar raya Melaka. Dibuka pada tahun 1786 oleh Kapten Francis Light dan dimodenkan oleh Tun Dr. Lim Chong Eu, George Town mempunyai bilangan penduduk melebihi 500,000 orang, menjadikannya bandar raya terbesar di utara Malaysia. Bandar-bandar satelit George Town termasuklah Air Itam, Bayan Lepas, Gelugor, Jelutong, Sungai Dua, Sungai Nibong, Tanjung Tokong dan Tanjung Bungah. Konurbasi George Town yang merangkumi bandar-bandar satelit di Pulau Pinang termasuklah Butterworth, Kepala Batas, Bukit Mertajam dan Sungai Bakap di Seberang Perai. Konurbasi ini juga merangkumi sebahagian daripada kawasan selatan Kedah dan barat laut Perak kerana negeri Pulau Pinang mempunyai keluasan 1,048 km2 , kira-kira separuh keluasan Daerah Johor Bahru seluas 1,816 km2.

Pada 2008, sebahagian pusat George Town diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO, manakala cuti umum negeri diamalkan seperti di Melaka bagi menggantikan cuti Hari Kelahiran TYT Yang di-Pertua Negeri yang jatuh pada hari Sabtu. Terminal bas Rapid Penang turut beroperasi di pusat bandar. Kaum majoriti di ibu negeri ini ialah Cina. George Town merupakan pintu masuk pelancong antarabangsa ke kawasan seperti Batu Ferringhi. George Town dianggap sebagai bandar raya pilihan pesara dari seluruh dunia kerana menarik warga pesara yang menetap untuk berehat menikmati pemandangan dan sejarah tempatan atau yang ingin mengambil kesempatan dalam perniagaan di sini kerana potensi global yang disediakan oleh bandar raya ini. Menara Komtar merupakan premis tertinggi di George Town dan Pulau Pinang.