George Town, Pulau Pinang
George Town
Tanjong Penaga | |
|---|---|
| Bandar raya Pulau Pinang | |
| Transkripsi lain | |
| • Tulisan Jawi | جورجتاون تنجوڠ ڤناڬا |
| • Cina | 乔治市 (Ringkas) 喬治市 (Tradisional) Qiáozhì shì (Pinyin) |
| • Hokkien | 坡地 pho-tē (Tâi-lô) phō͘-tē (Pe̍h-ōe-jī) |
Senja latar langit pusat bandar Kedua-dua jambatan Pulau Pinang Khoo Kongsi | |
Bendera Mohor | |
| Etimologi: George III, Raja Britain dan Ireland | |
| Nama panggilan: Mutiara Timur | |
| Cogan kata: Memimpin Sambil Berkhidmat | |
Lokasi George Town di Pulau Pinang | |
George Town | |
| Koordinat: 5°24′52.2″N 100°19′45.12″E / 5.414500°N 100.3292000°E | |
| Negara | Malaysia |
| Negeri | Pulau Pinang |
| Daerah | Timur Laut dan Barat Daya |
| Kawasan pentadbiran | Pusat bandar dan 36 mukim |
| Diasaskan | 11 Ogos 1786 |
| Diperbadankan | 1857 |
| Tanah jajahan mahkota British | 1 April 1867 – 31 Ogos 1957 |
| Pendudukan Jepun | 19 Disember 1941 – 3 September 1945 |
| Taraf bandar raya | 1 Januari 1957 |
| Pengembangan | 31 Mac 2015 |
| Diasaskan oleh | Francis Light |
| Pentadbiran | |
| • Jenis | Majlis bandaraya |
| • Badan | Majlis Bandaraya Pulau Pinang |
| • Datuk Bandar | Dato' Ir. Rajendran A/L P. Anthony |
| • Setiausaha Bandaraya | Cheong Chee Hong |
| Keluasan | |
| • Bandar raya, ibu negeri dan ibu daerah | 306 km2 (118 batu persegi) |
| • Metro | 3,765 km2 (1,454 batu persegi) |
| Aras | 14 m (46 ft) |
| Penduduk (2020) | |
| • Bandar raya, ibu negeri dan ibu daerah | 794,313 |
| • Pemeringkatan | ke-8 di Malaysia, ke-2 di Pulau Pinang |
| • Kepadatan | 2,596/km2 (6,720/batu persegi) |
| • Metro | 2,843,344 (ke−2) |
| • Kepadatan metro | 756/km2 (1,960/batu persegi) |
| Demonim | Georgetowner |
| Demografi (2020) | |
| • Kumpulan etnik |
|
| KDNK (2020) | |
| • Jumlah | $12.464 bilion |
| • Per kapita | $15,692 |
| Zon waktu | UTC+8 (WPM) |
| • Musim panas (DST) | Tidak diamalkan |
| Poskod | 100xx–108xx 110xx–119xx |
| Kod kawasan | +604 |
| Pendaftaran kenderaan | P |
| Pengangkutan awam | |
| Laman sesawang | www |
| Nama rasmi | Melaka and George Town, Historic Cities of the Straits of Malacca |
| Kriteria | Budaya: (ii), (iii), (iv) |
| Rujukan | 1223 |
| Inskripsi | Sesi 2008 (ke-32 ) |
| Lanjutan | 2011 |
| Kawasan | 109.38 ha |
| Zon penampan | 150.04 ha |
| Laman sesawang | whc |
| Koordinat | 5°25′N 100°20′E / 5.417°N 100.333°E |
Lokasi dalam Pulau Pinang | |
George Town ialah bandar raya metropolitan yang terletak di timur laut negeri Pulau Pinang, Malaysia, selain menjadi ibu negeri bagi negeri tersebut.
George Town merupakan bandar raya pertama di Malaysia. Kerajaan tempatan kini ialah Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP). Kini George Town juga antara bandar raya tertua negara seperti bandar raya Melaka. Dibuka pada tahun 1786 oleh Kapten Francis Light dan dimodenkan oleh Tun Dr. Lim Chong Eu, George Town mempunyai bilangan penduduk melebihi 500,000 orang, menjadikannya bandar raya terbesar di utara Malaysia. Bandar-bandar satelit George Town termasuklah Air Itam, Bayan Lepas, Gelugor, Jelutong, Sungai Dua, Sungai Nibong, Tanjung Tokong dan Tanjung Bungah. Konurbasi George Town yang merangkumi bandar-bandar satelit di Pulau Pinang termasuklah Butterworth, Kepala Batas, Bukit Mertajam dan Sungai Bakap di Seberang Perai. Konurbasi ini juga merangkumi sebahagian daripada kawasan selatan Kedah dan barat laut Perak kerana negeri Pulau Pinang mempunyai keluasan 1,048 km2 , kira-kira separuh keluasan Daerah Johor Bahru seluas 1,816 km2.
Pada 2008, sebahagian pusat George Town diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO, manakala cuti umum negeri diamalkan seperti di Melaka bagi menggantikan cuti Hari Kelahiran TYT Yang di-Pertua Negeri yang jatuh pada hari Sabtu. Terminal bas Rapid Penang turut beroperasi di pusat bandar. Kaum majoriti di ibu negeri ini ialah Cina. George Town merupakan pintu masuk pelancong antarabangsa ke kawasan seperti Batu Ferringhi. George Town dianggap sebagai bandar raya pilihan pesara dari seluruh dunia kerana menarik warga pesara yang menetap untuk berehat menikmati pemandangan dan sejarah tempatan atau yang ingin mengambil kesempatan dalam perniagaan di sini kerana potensi global yang disediakan oleh bandar raya ini. Menara Komtar merupakan premis tertinggi di George Town dan Pulau Pinang.