Premier Sarawak


Sarawak
ڤريميير سراوق
Premier of Sarawak
Kerajaan Sarawak
GelaranYang Amat Berhormat
Lapor kepadaDewan Undangan Negeri Sarawak
Bidang kuasaSarawak dan Tanah Jajahan Mahkota Sarawak
InstitusiPejabat Premier Sarawak dan Kabinet Kerajaan Sarawak
KediamanDemak Jaya, Kuching, Sarawak
PusatKompleks Satria Pertiwi, Petra Jaya, Kuching, Sarawak
Dilantik olehYang di-Pertua Negeri Sarawak
Yang di-Pertua Negeri Sarawak
Tempoh jawatan
Surat cara pembentukanPerlembagaan Sarawak
Penjawat sulungStephen Kalong Ningkan (sebagai Ketua Menteri)
Dibentuk
  • 22 Julai 1963 (1963-07-22) (Ketua Menteri)
  • 15 Februari 2022 (2022-02-15) (Premier Sarawak)
Timbalan/naibDouglas Uggah Embas
Awang Tengah Ali Hassan
Sim Kui Hian
Tapak webpremier.sarawak.gov.my
sunting · sunting di Wikidata

Yang Amat Berhormat Premier Sarawak (atau dalam bahasa Inggeris dikenali Premier of Sarawak) ialah ketua kerajaan bagi wilayah Sarawak, Malaysia. Penyandang jawatan ini dilantik oleh Yang di-Pertua Negeri Sarawak, dalam kalangan pemimpin parti terbesar bagi Dewan Undangan Negeri Sarawak.

Jawatan ini sebelumnya dikenali sebagai Ketua Menteri Sarawak sebelum pindaan dibuat pada perlembagaan negeri yang diluluskan pada 15 Februari 2022 yang menukar gelaran jawatan tersebut kepada Premier dan berkuat kuasa bermula 1 Mac 2022.

Penyandang Premier Sarawak terkini ialah Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Abang Haji Openg yang menjawat sejak 13 Januari 2017 (pada asalnya sebagai Ketua Menteri Sarawak).