Azan dan iqamat
| Sebahagian daripada siri berkaitan |
| Perundangan Islam (Fiqah) |
|---|
| Suatu disiplin kajian Islam |
|
| Bahasa Arab |
| أَذَان |
| Transliterasi |
| azan |
| Terjemahan |
| panggilan sembahyang |
Azan (Arab: أَذَان, rumi: adzān terbitan kata kerja Arab: أَذِنَ, rumi: adzina "mendengar") atau bang (Jawi: باڠ, dalam sesetengah dialek) adalah satu lafaz khusus yang diamalkan oleh penganut agama Islam sebagai tanda untuk menyatakan masuknya waktu solat fardu supaya orang-orang Mukmin boleh diseru supaya bergesa berkumpul untuk mengerjakan solat fardu. Iqamat (Arab: إِقَامَة, rumi: iqāmah terbitan kata kerja َقَام qāma "berdiri; bangkit; bangun") bermaksud sebutan tertentu untuk memberitahu para jemaah untuk mula mengerjakan solat.