Imamah (doktrin Syiah)

Imamah (bahasa Arab: الإمامة ) dalam pandangan Syiah adalah kepemimpinan sebuah komuniti Islam dengan pelantikan tuhan dan pengganti Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wassalam dalam urusan agama dan dunia. Ajaran ini, salah satu daripada dasar-dasar mazhab Syiah dan termasuk perbezaan akidah antara Syiah dan Sunni. Permasalahan imamah di sisi kaum Syiah menyebabkan mereka digelar dengan mazhab Imamiyyah.

Menurut mazhab Syiah, Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wassalam semenjak awal misinya, memberikan perhatian khusus pada urusan pelantikan khalifah dan imam kaum muslimin setelah beliau wafat. Tindakan-tindakannya dalam merealisasikan hal ini, telah bermula sejak awal dakwah secara terang-terangan dengan mengenalkan Ali Radhiallahu 'Anhu sebagai khalifah dan pengganti selepasnya. Hal ini berterusan hingga ke akhir hayatnya, dalam perjalanan pulang dari Haji Perpisahan pada tanggal 18 Zulhijjah di Ghadir Khum.

Kaum Muslimin dalam kalangan Ahli Sunnah Waljamaah menegaskan kepentingan adanya imam dan keperluan mengikuti perintah-perintahnya, namun mereka meyakini bahawa seorang imam harus dipilih oleh masyarakat dan Nabi saw sama sekali tidak mengenalkan seseorang sebagai khalifah selepasnya.

Kaum Syiah memiliki perbezaan pendapat dalam menentukan jumlah para imam. Jumlah para imam Syiah Imamiyyah adalah dua belas orang. Imam pertama daripada mereka adalah Ali Radhiallahu 'Anhu dan Imam yang terakhir daripada mereka adalah Imam Mahdi. Setelah Ali Radhiallahu 'Anhu, Hasan Radhiallahu 'Anhu dan kemudian adiknya Husain Radhiallahu 'Anhu dan diikuti oleh yang lainnya hingga Imam Mahdi.

Falsafah imamah adalah menukil, menjaga agama Islam dan menjelaskan secara benar ilmu-ilmu agama. Oleh sebab itu, supaya imam lebih baik dalam menjalankan tugasnya maka Imam perlu maksum, memiliki Ilmu Ladunni dan kewenangan wilayah dari sisi Tuhan.