Tawaf
| Sebahagian daripada siri berkaitan |
| Perundangan Islam (Fiqah) |
|---|
| Suatu disiplin kajian Islam |
|
Tawaf (Arab: طَوَاف, rumi: ṭawāf, terbitan bentuk ism kata kerja طاَفَ ṭāfa "mengelilingi") adalah perlakuan mengelilingi Kaabah sebanyak tujuh kali bermula dari sudut Hajarul Aswad dan berakhir pada sudut yang sama menurut syarat-syaratnya. Tawaf adalah salah satu perlakuan ibadah yang dilakukan oleh Muslim dan hanya dilakukan di Masjidil Haram Mekah.