Khalifah


Khalifah (Arab: خَلِيفَة, rumi: khalīfah bermakna "pengganti" atau "wakil" terbitan bentuk fā`il kata kerja خَلِفَ khalifa "menggantikan") adalah gelaran diberikan pemimpin umat Islam setelah Muhammad mati. Mereka digelar sebagai khalifah Allah (perwakilan Allah) dan khalifah Rasulullah (pengganti utusan Allah).

Gelaran khalifah ini juga dikenali sebagai Amīr al-Mu'minīn (أمير المؤمنين) yang bermakna "pemimpin orang yang beriman".