Anthony Loke
Loke Siew Fook AP ADUN | |
|---|---|
| 陆兆福 | |
| Menteri Pengangkutan | |
| Menyandang jawatan 3 December 2022 | |
| Raja | Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (2022–2024) Sultan Ibrahim ibni Sultan Iskandar (sejak 2024) |
| Perdana Menteri | Anwar Ibrahim |
| Timbalan | Hasbi Habibollah |
| Didahului oleh | Wee Ka Siong |
| Dalam jawatan 21 Mei 2018 – 24 Februari 2020 | |
| Raja | Sultan Muhammad V Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah |
| Perdana Menteri | Mahathir Mohamad |
| Timbalan | Kamarudin Jaffar |
| Didahului oleh | Liow Tiong Lai |
| Digantikan oleh | Wee Ka Siong |
| Setiausaha Agung Parti Tindakan Demokratik ke-6 | |
| Menyandang jawatan 20 Mac 2022 | |
| Timbalan | Sivakumar Varatharaju (2022–2025) Tengku Zulpuri Shah Raja Puji (2022–2025) Liew Chin Tong (2022–2025) Steven Sim Chee Keong (sejak 2025) Hannah Yeoh Tseow Suan (sejak 2025) Ramkarpal Singh (sejak 2025) |
| Pengerusi Kebangsaan | Lim Guan Eng (2022–2025) Gobind Singh Deo (sejak 2025) |
| Didahului oleh | Lim Guan Eng |
| Ketua Parlimen Parti Tindakan Demokratik ke-2 | |
| Dalam jawatan 11 Julai 2018 – 20 Mac 2022 | |
| Setiausaha Agung | Lim Guan Eng |
| Didahului oleh | Lim Kit Siang |
| Digantikan oleh | Nga Kor Ming |
| Ketua Pemuda Parti Tindakan Demokratik | |
| Dalam jawatan 6 Disember 2008 – 9 Disember 2012 | |
| Timbalan | Lee Ying Ha |
| Setiausaha Agung | Lim Guan Eng |
| Didahului oleh | Nga Kor Ming |
| Digantikan oleh | Teo Kok Seong |
| Ahli Parlimen Malaysia bagi Seremban | |
| Menyandang jawatan 5 Mei 2013 | |
| Didahului oleh | John Fernandez (PR–DAP) |
| Majoriti | 12,553 (2013) 30,694 (2018) 30,841 (2022) |
| Ahli Parlimen Malaysia bagi Rasah | |
| Dalam jawatan 8 Mac 2008 – 5 Mei 2013 | |
| Didahului oleh | Goh Siow Huat (BN–MCA) |
| Digantikan oleh | Teo Kok Seong (PR–DAP) |
| Majoriti | 13,151 (2008) |
| Ahli Dewan Undangan Negeri Sembilan bagi Chennah | |
| Menyandang jawatan 5 Mei 2013 | |
| Didahului oleh | Siow Chen Pin (BN–MCA) |
| Majoriti | 1,098 (2013) 1,155 (2018) 2,200 (2023) |
| Ahli Dewan Undangan Negeri Sembilan bagi Lobak | |
| Dalam jawatan 21 Mac 2004 – 5 Mei 2013 | |
| Didahului oleh | Khoo Seng Hock (BN–MCA) |
| Digantikan oleh | Siow Kim Leong (PR–DAP) |
| Majoriti | 1,842 (2004) 6,928 (2008) |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | Loke Siew Fook 28 April 1977 Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia |
| Kewarganegaraan | Malaysia |
| Parti politik | Parti Tindakan Demokratik (sejak 1994) |
| Gabungan politik lain | Gagasan Rakyat (1994–1996) Barisan Alternatif (1999–2004) Pakatan Rakyat (2008–2015) Pakatan Harapan (sejak 2015) |
| Pasangan | Ng Chi Ling |
| Tempat belajar | Universiti Kebangsaan Malaysia (BSc) Universiti Malaya (MPA) |
| Laman web | lokesiewfook |
Loke Siew Fook (Cina ringkas: 陆兆福; Cina tradisional: 陸兆福; pinyin: Lù Zhàofú; Yale Kantonis: Luhk Siuh-fūk; lahir 28 April 1977), juga dikenali sebagai Anthony Loke, merupakan seorang ahli politik Malaysia yang berkhidmat sebagai Menteri Pengangkutan untuk penggal pertama dalam pentadbiran Kerajaan Perpaduan di bawah Perdana Menteri Anwar Ibrahim sejak Disember 2022 dan sebelum ini dalam pentadbiran Pakatan Harapan (PH) di bawah bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad dari Mei 2018 hingga kejatuhan kerajaan PH pada Februari 2020. Beliau juga merupakan Ahli Dewan Rakyat bagi Seremban sejak Mei 2013, serta pernah mewakili Rasah dari Mac 2008 hingga Mei 2013. Di peringkat negeri, beliau merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Negeri Sembilan (ADUN) bagi Chennah sejak Mei 2013, dan sebelum itu ADUN bagi Lobak dari Mac 2004 hingga Mei 2013. Beliau merupakan ahli Parti Tindakan Demokratik (DAP), sebuah parti komponen dalam gabungan PH dan sebelum ini Pakatan Rakyat (PR). Beliau berkhidmat sebagai Setiausaha Agung DAP ke-6 sejak Mac 2022, Ketua Parlimen DAP ke-2 dari Julai 2018 hingga Mac 2022 dan sebelum itu sebagai Setiausaha Pengelola Kebangsaan DAP serta Ketua Pemuda DAP atau Ketua Pemuda Sosialis DAP (DAPSY). Beliau juga pernah menjadi Ketua Pembangkang Negeri Sembilan dan Pengerusi Negeri PR bagi Negeri Sembilan.