Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah

Sultan Ahmad Shah
al-Musta’in Billah
Sultan dan raja pemerintah negeri Pahang Darul Makmur dan segala jajahan takluknya
Yang di-Pertuan Agong ke-7
Pemerintahan26 April 1979 – 25 April 1984
Kemahkotaan10 Julai 1980
Didahului olehSultan Yahya Petra
Diikuti olehSultan Iskandar
Sultan Pahang
Pemerintahan7 Mei 1974 – 11 Januari 2019
Kemahkotaan8 Mac 1975
Didahului olehSultan Abu Bakar
Diikuti olehSultan Abdullah
Tengku MahkotaTengku Abdullah
Presiden AFC ke-8
Dalam jawatan
1 Ogos 1994 – 1 Ogos 2002
Didahului olehHamzah Abu Samah
Digantikan olehMohammed bin Hammam
KeputeraanTengku Ahmad Shah ibni Tengku Abu Bakar
(1930-10-24)24 Oktober 1930
Istana Mangga Tunggal, Pekan, Pahang, Malaya (Kini Malaysia)
Kemangkatan22 Mei 2019(2019-05-22) (umur 88)
Hospital Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur, Malaysia
Pemakaman23 Mei 2019
Makam Diraja Masjid Sultan Abdullah, Pekan, Pahang
Pasangan
Anakanda
Nama penuh
Tengku Ahmad Shah ibni Tengku Abu Bakar
Nama diraja
Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al Muadzam Shah
KerabatBendahara
AyahandaAlmarhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’azzam Shah ibni Almarhum Sultan Abdullah Al-Mu’tassim Billah Shah
BondaTengku Ampuan Besar Raja Fatimah binti Almarhum Sultan Iskandar Shah Kaddasullah
AgamaIslam Sunni

Sultan Haji Ahmad Shah (Jawi: سلطان حاج احمد شاه, 24 Oktober 1930 – 22 Mei 2019) ialah seorang sultan dan raja pemerintah negeri di Malaysia. Baginda ialah Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-7 yang menaiki takhta pada 26 April 1979 hingga 25 April 1984. Baginda juga ialah Sultan Pahang Moden ke-5 yang menduduki takhta pada 7 Mei 1974 hingga diturunkan takhta pada 11 Januari 2019. Baginda ialah anakanda ketiga dan putera tunggal bagi Sultan Pahang ke-4, Sultan Abu Bakar Riayatuddin Al-Muazzam Shah dan Tengku Ampuan Pahang, Tengku Ampuan Besar Raja Fatimah.

Baginda menaiki takhta dengan memakai nama rasmi sebagai Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al Muadzam Shah (Jawi: سلطان حاج احمد شاه المستعين بالله ابن المرحوم سلطان ابو بكر رعاية الدين المعظم شاه)

Selepas diturunkan takhta akibat gering, baginda dikurniakan gelaran rasmi sebagai Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah.