Parti Amanah Negara
Parti Amanah Negara ڤرتي أمانه نڬارا | |
|---|---|
| Singkatan | AMANAH/PAN |
| Presiden | YB Datuk Seri Mohamad Sabu |
| Setiausaha agung | Mohd Anuar Mohd Tahir |
| Setiausaha am | Muhammad Faiz Fadzil |
| Penasihat Umum | Ustaz Datuk Seri Ahmad Awang |
| Timbalan Presiden Naib Presiden | YB Senator Datuk Seri Dr. Mujahid Yusuf Rawa 1. YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad 2. Dr. Siti Mariah Mahmud 3. YB Tuan Haji Adly Zahari 4. Dato' Mahfuz Omar 5. YB Senator Datuk Wira Dr. Mohd Hatta Ramli |
| Ketua Angkatan Wanita Amanah Negara | YB Datuk Aiman Athirah Sabu |
| Ketua Pemuda Amanah Negara | YB Senator Tuan Mohd Hasbie Muda |
| Pengasas | Ganga Nayar, Mohamad Sabu |
| Diasaskan | 16 September 2015 |
| Pecahan | Parti Islam Se-Malaysia (PAS) |
| Didahului oleh | Parti Pekerja-Pekerja Malaysia |
| Ibu pejabat | Wisma Amanah Negara, Unit No. 73-1, Tingkat 1, Jalan Seri Utara 1, Sri Utara, Off Jalan Ipoh, 68100 Kuala Lumpur, Malaysia |
| Akhbar | Amanah |
| Sayap belia/pemuda | Pemuda Amanah Nasional |
| Sayap Wanita | Angkatan Wanita Amanah Negara |
| Keanggotaan | Warganegara Malaysia |
| Ideologi | Islam |
| Kedudukan politik | Kerajaan Malaysia |
| Agama | Islam |
| Hubungan kebangsaan | Pakatan Harapan |
| Warna | Oren |
| Slogan | Amanah, Progresif, Peduli |
| Tapak sesawang | www |
| Pautan lain | |
| Dewan Negara | 3 / 70
|
| Dewan Rakyat | 8 / 222
|
| Dewan Undangan Negeri (DUN) | 11 / 576
|
| Simbol pilihan raya | |
| Bendera parti | |
| sunting · sunting di Wikidata | |
Parti Amanah Negara (Tulisan Jawi: ڤرتي أمانه نڬارا , singkatannya AMANAH atau PAN) ialah sebuah parti politik di Malaysia yang diasaskan oleh Mohamad Sabu bersama bekas pimpinan PAS yang keluar daripada parti tersebut. Parti ini pada asalnya bernama Malaysia Workers' Party (Parti Pekerja-Pekerja Malaysia) yang ditubuhkan pada 1978 dan kemudiannya parti ini diserahkan kepada Gerakan Harapan Baru (G18) dan dijenamakan semula sebagai Parti Amanah Negara yang dilancarkan pada 16 September 2015. AMANAH adalah parti politik yang mempunyai ideologi Islam progresif dan reformis. Ia juga merupakan salah satu daripada parti-parti yang tergabung dalam Pakatan Harapan.