Zainal Dahalan
Tan Sri Dato' Haji Zainal Dahalan (lahir 27 Februari 1948) ialah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau merupakan mantan Timbalan Menteri Sains dan Teknologi (1999-2004), mantan Ahli Parlimen Sabak Bernam selama sepenggal (1999-2004), mantan EXCO Selangor (1995-1999 dan 1982-1990), mantan Yang di-Pertua DUN Selangor (1990-1995) dan mantan ADUN Sungai Air Tawar selama empat penggal (1982-1999). Di peringkat parti beliau ialah mantan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Sabak Bernam (2000-2004) dan mantan Ketua UMNO Bahagian Sabak Bernam (1987-1998).
Zainal Dahalan | |
|---|---|
| Timbalan Menteri Sains dan Teknologi Malaysia | |
| Dalam jawatan 1999–2004 | |
| Perdana Menteri | Mahathir Mohamad (1999-2003) Abdullah Ahmad Badawi (2003-2004) |
| Menteri | Law Hieng Ding |
| Didahului oleh | Abu Bakar Daud |
| Digantikan oleh | Kong Cho Ha |
| Ahli Parlimen Malaysia bagi Sabak Bernam | |
| Dalam jawatan 1999–2004 | |
| Didahului oleh | Mahbud Hashim |
| Digantikan oleh | Mat Yasir Ikhsan |
| Majoriti | 901 (PRU-10) |
| Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor | |
| Dalam jawatan 1995–1999 | |
| Menteri Besar Selangor | Muhammad Muhammad Taib (1995-1997) Abu Hassan Omar (1997-1999) |
| Dalam jawatan 1982–1990 | |
| Menteri Besar Selangor | Ahmad Razali Mohd Ali (1982-1986) Muhammad Muhammad Taib (1986-1990) |
| Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Selangor | |
| Dalam jawatan 1990–1995 | |
| Didahului oleh | Saidin Thamby |
| Digantikan oleh | Onn Ismail |
| Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor untuk Sungai Air Tawar | |
| Dalam jawatan 1982–1999 | |
| Didahului oleh | Khalil Kasmijan |
| Digantikan oleh | Mat Yasir Ikhsan |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | 27 Februari 1948 Kuala Selangor, Selangor, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia) |
| Parti politik | Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu |