Abu Hassan Omar

Abu Hassan Omar
PSM (Malaysia); SPMS (Selangor);
SUMW (Wilayah Persekutuan); DPMS, SMS (Selangor); SMT (Terengganu); AMN (Malaysia); PIS (Johor)
Ahli Dewan Negeri Selangor
untuk N9 Permatang
Dalam jawatan
29 Mei 1997 – Mac 2004
Didahului olehJamaluddin Adnan
Digantikan olehAbdul Aziz Mohd Noh
Dalam jawatan
6 Jun 1997 – 9 Ogos 2000
Didahului olehMuhammad Haji Muhd Taib
Digantikan olehMohamad Khir Toyo
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia
Dalam jawatan
1991–1997
Didahului olehSulaiman Daud
Digantikan olehMegat Junid Megat Ayob
Menteri Luar Negeri
Dalam jawatan
1987–1991
Didahului olehRais Yatim
Digantikan olehAbdullah Ahmad Badawi
Menteri Wilayah Persekutuan
Dalam jawatan
1986–1987
Didahului olehShahrir bin Abdul Samad
Digantikan olehIsa Samad
Timbalan Menteri Pengangkutan
Dalam jawatan
1981–1986
Didahului olehGoh Cheng Teik
Digantikan olehRahmah Othman
Timbalan Menteri Pertahanan
Dalam jawatan
1978–1981
Didahului olehMokhtar Hashim
Digantikan olehAbang Abu Bakar Abang Mustapha
Ahli Parlimen Malaysia
bagi P96 Kuala Selangor
Dalam jawatan
8 Julai 1978 – 30 April 1997
Didahului olehRaja Nasron Raja Ishak
Digantikan olehJamaluddin Adnan
Maklumat peribadi
Lahir(1940-09-15)15 September 1940
Bukit Belimbing, Kuala Selangor, Selangor, Negeri-negeri Melayu Bersekutu (kini Malaysia)
Meninggal dunia8 September 2018(2018-09-08) (umur 77)
Hospital Columbia Asia, Bukit Rimau, Shah Alam
Tempat semadiMakam Diraja Shah Alam, Selangor
Parti politik Barisan Nasional
UMNO
PasanganPuan Sri Wan Nor Daud

Tan Sri Dato' Seri Haji Abu Hassan bin Haji Omar (15 September 1940 – 8 September 2018) ialah Dato' Menteri Besar Selangor ke-12. Beliau mengambil alih jawatan itu daripada Tan Sri Muhammad Haji Muhd Taib pada 1997 selepas meletak jawatan sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Gelaran beliau ialah Pak Abu.

Selepas menjadi Menteri Besar, beliau telah dilantik menjadi pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor. Selaku Menteri Besar, beliau melancarkan Tahun Melawat Selangor 2000 di Dataran Shah Alam. Pada Ogos 2000, Abu Hassan meletakkan jawatannnya di atas sebab-sebab kesihatan dan keluarga. Jawatan Menteri Besar Selangor diambil alih oleh Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo.