Sembilu

Sembilu
Poster keluaran tayangan
PengarahYusof Haslam
PenulisYusof Haslam
Lakon layarYusof Haslam
Dihasilkan olehYusof Haslam
Dibintangi
SinematografiBade Hj. Azmi
Disunting olehSalehan Samsuddin
Syarikat
penerbitan
Tarikh tayangan
18 Ogos 1994
Masa tayangan
109 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
Pecah panggungRM 4.39 juta

Sembilu ialah filem drama romantik Malaysia 1994 arahan Yusof Haslam. Dibintangi oleh Awie, Erra Fazira dan Ziana Zain, ia mengisahkan kisah cinta antara penyanyi rock terkenal, Awie, dengan kekasihnya Wati yang dihalang oleh abang Wati, Azman. Filem ini ditayangkan pada 18 Ogos 1994 dan menjadi kejayaan komersial, apabila berjaya meraih kutipan pecah panggung sebanyak RM4.39 juta sekaligus menerima ulasan positif dan bercampur daripada pengkritik filem. Kesinambungannya, Sembilu II ditayangkan pada 1995, diikuti oleh pembikinan semula filem ini, Sembilu 2005 dikeluarkan pada 2005. Pada 18 Ogos 2019, Sembilu meraikan ulang tahunnya yang ke-25.