Laksamana Do Re Mi
| Laksamana Do Re Mi | |
|---|---|
| Pengarah | P. Ramlee |
| Penulis | P. Ramlee |
| Lakon layar | P. Ramlee |
| Dibintangi |
|
| Disunting oleh | Johari Ibrahim |
Syarikat penerbitan | |
| Diedarkan oleh | Shaw Organisation |
Tarikh tayangan | 12 Mei 1973 (Malaysia) |
| Negara | Malaysia |
| Bahasa | Melayu |
Laksamana Do Re Mi (ejaan lain pada cetakan poster filem sebagai: Laksemana Do Re Mi dan Laxmana Do Re Mi) merupakan sebuah filem komedi fantasi Melayu hitam putih yang diterbitkan oleh Studio Filem Merdeka di Malaysia pada tahun 1972 dan mula ditayangkan pada 12 Mei 1973 arahan P. Ramlee. Filem ini terkenal selaku filem terakhir P. Ramlee yang diterbitkan sebelum beliau meninggal dunia tidak lama kemudian pada 28 Mei, serta filem terakhir AR Tompel sebelum beliau juga turut meninggal dunia.