Wings (kugiran Malaysia)

Wings
Maklumat latar belakang
Juga dikenali
sebagai
  • Teruna Sekampung (1984–1985)
  • Wings & Superfriends (1994–1995, 2017–2018)
  • Wings & Awie (2000–2004)
Asal Kuala Lumpur, Malaysia
GenreHard rock, blues, heavy metal, glam metal
PekerjaanPenyanyi/Pemuzik
Alat muzikVokal/Band
Tahun aktif1985–kini
DiskografiLihat: Wings (Malaysian band) discography (en)
Syarikat rakamanASP (1987–1989)
BMG (1989–2002)
Fly Wings (1989–2014)
KRU Music(2014)
Awie Entertainment (1991–kini)
Kegiatan berkaitanAwie, M. Nasir, Loloq, Search, J.S. Kevin, Bob Lokman, S. Amin Shahab
Anggota semasaAwie - Vokal
Syam - Gitar
Edrie Hashim - Gitar Pak Gad - Drum,Vokal
Jason Newsted - Bass,Vokal
Bekas anggotaMel - Vokal
Mus May - Vokal
Joe - Gitar Utama
Jojet - Dram
Tham Wing Kwan - Gitar Utama
Black
Eddie
Pautan berkaitan
Pautan lain
sunting · sunting di Wikidata

Wings (sebelum ini bernama Teruna Sekampung) merupakan sebuah kumpulan rock Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 1985 di Kuala Lumpur, Malaysia.

Semasa penubuhannya, kumpulan ini dianggotai oleh lima anggota asal yang terdiri dari Awie (Penyanyi), Syam (Gitar Utama), Baharom (Gitar Irama), Ipin (Bass) dan Jojet (Drum) dimana Awie, Jojet dan Syam merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Ampang (dahulunya sebagai Ampang Road Boys School). Namun jumlah anggota itu telah berubah apabila beberapa anggota bersilih ganti. Barisan Awie, Joe, Eddie dan Black adalah barisan yang telah mengambil jangka masa yang lama dalam menganggotai kumpulan ini dimana kumpulan ini telah mencapai segala kegemilangan yang tersendiri sehingga kini yang masih belum lagi ada artis berkumpulan buat masa ini. Eddie yang memulakan kariernya sebelum menjadi artis menyertai kumpulan Teruna Sekampung dan seterusnya mereka menukar nama kepada menubuhkan nama Wings dan Eddie menjadi artis dan tunjang utama kumpulan Wings sehingga kini. Sejak jenama kumpulan Wings diwujudkan, Eddie adalah satu-satu anggota dan tunjang utama Wings yang tidak pernah keluar atau disingkirkan dari kumpulan ini berbanding anggota-anggota Wings yang lain.

Pada bulan 31 Oktober 2015, sempena ulang tahun penubuhan kumpulan Wings ke-30, Wings telah mengadakan konsert bersejarah berskala besar yang bertemakan 'Konsert Wings 30 tahun' di Stadium Merdeka Kuala Lumpur yang berjaya memukau lebih 20 ribu orang penonton.

Sehingga kini kumpulan Wings telah menerbitkan sebanyak sebelas buah album studio tidak termasuk album khas, kompilasi, konsert dan album studio bersama Search. Hampir kesemua album Wings berjaya mencapai jualan ke tahap Anugerah Platinum, Anugerah Double Platinum, Anugerah Tripple Platinum dan sehingga ke Anugerah Quadraple Platinum. Album studio Wings ke-11, Menakluk Kosmos (2014) telah terjual sebanyak 10,000 unit. Wings turut tidak ketinggalan untuk menceburi dalam industri perfileman yang telah pun muncul sebanyak enam buah filem dan antaranya ialah Pemburu Bayang (1993) dan Leftwings (2012).

Pada akhir tahun 2016, anggota Wings hanya menjadi tiga orang iaitu Awie, Eddie dan Black selepas pemain gitar utamanya, Joe meninggalkan kumpulan ini pada penghujung tahun 2016 berikutan masalah dalaman yang dihadapinya setelah 28 tahun beliau mengharungi suka duka bersama Wings dan pada masa yang sama, Joe tidak beraksi bersama Wings dalam sebuah konsert di Melaka. Dan ini menjadikan Eddie sebagai pengasas dan satu-satunya anggota tunggal serta tunjang utama paling setia lama bertahan di dalam Wings kerana sebelum ini Awie, Syam dan Black pernah keluar dari kumpulan tersebut satu ketika dahulu dimana Awie meninggalkan Wings selepas Konsert Double Trouble pada lewat 1993, Syam selepas album pertama "Belenggu Irama" (1987) dan Black selepas album "Teori Domino" (1990).

Selepas Joe meninggalkan kumpulan ini pada penghujung tahun 2016, Wings menggunakan nama Wings & Superfriends buat seketika untuk Konsert Wings & Superfriends: Belenggu Irama yang diadakan di Istana Budaya pada 2017. Ini berikutan Wings bersetuju untuk memerlukan dua khidmat pemain gitar utama yang berpengalaman iaitu Syam yang juga merupakan anggota asal Wings dan Edrie Hashim (Bekas anggota Kumpulan Chapters) sebagai pemuzik undangan yang di beri gelaran Superfriends bagi menggantikan tempat Joe. Pada tahun 2018, Syam dan Edrie sah menyertai Wings setelah Awie, Eddie dan Black bersetuju untuk menjadikan 5 orang anggota kumpulan Wings dan nama Wings & Superfriends tidak digunakan lagi.

Sehingga kini, Wings dianggotai oleh Awie (Penyanyi), Syam (Gitar Utama), Edrie (Gitar Utama), Eddie (Gitar Bass) dan Black (Dram).