Edrie Hashim

Edrie Hashim
Kelahiran (1973-08-26) 26 Ogos 1973
Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur
WarganegaraMalaysia
GenreRock, pop rock, balada, pop
PekerjaanKomposer, jurutera bunyi, penerbit rakaman, konduktor muzik
Alat muzikGitar, gitar elektrik, gitar slaid, keyboard
Tahun aktif1988–kini
Syarikat rakamanNeo Gendang Records
Kegiatan berkaitanChapters, Projek Pistol, Dato' Awie, Wings, Dato' Hattan, Amy Search, Search, Giegiel, Def Gab C, Cromok, Ella, Sarah Raisuddin, Kat Hassan
Anggota keluarga/pasangan
Suami/isteriPatricia Robert
Pautan berkaitan
Pautan lain
sunting · sunting di Wikidata

Edrie Hashim (lahir 26 Ogos 1973) merupakan seorang komposer, jurutera bunyi, penerbit rakaman, pengarah dan konduktor muzik untuk artis rakaman, televisyen dan filem yang prolifik di Malaysia.

Sebagai komposer, beliau telah menerbitkan album dan lagu untuk artis-artis terkenal seperti Dato' Awie, Dato' Hattan, Search, Amy Search, DefGabC, Giegiel, Ella, Sarah Raisuddin dan Kat Hassan. Selain itu, beliau juga terkenal sebagai gitaris kumpulan Chapters (ditubuhkan pada 1988) dan Projek Pistol (ditubuhkan pada 2009).

Pengasas Neogendang Records dan Studio Rakaman Neogendang ini pernah memenangi beberapa kategori dalam Anugerah Industri Muzik (AIM), antaranya kategori Lagu Rock Terbaik (Dibawah Gerbang Skaea - Amy Search), Album Rock Terbaik (Gothik Malam Edan - Search) dan Album Pop Rock Terbaik (Santai - Awie).

Edrie telah dijemput untuk menganggotai kumpulan rock lagenda, Wings sejak tahun 2015 dan masih kekal bersama kumpulan tersebut sehingga kini.