Rodzane bin Haji Mohamed
Jojet | |
|---|---|
| Nama lahir | Rodzane bin Haji Mohamed |
| Juga dikenali sebagai | Jojet Gersang, Jojet Wings, Jojet Dragon Malaya |
| Kelahiran | 13 Ogos 1968 Tangkak, Muar, Johor |
| Asal | Malaysia |
| Genre | Rock |
| Pekerjaan | Pemuzik |
| Tahun aktif | 1987–kini |
| Syarikat rakaman | PMC / BMG |
| Kegiatan berkaitan | Kumpulan Gersang Kumpulan Wings Kumpulan Teruna Sekampung Kumpulan Dragon Malaya |
| sunting · sunting di Wikidata | |
Rodzane bin Haji Mohamed atau lebih dikenali sebagai Jojet dilahirkan pada 13 Ogos 1968 di Tangkak, Muar, Johor dan dibesarkan di Lembah Keramat, Kuala Lumpur. Beliau mula menempa nama sebagai pemain dram kumpulan rock terkenal Malaysia iaitu Kumpulan Gersang pada tahun 1987. Sebelum menganggotai kumpulan Gersang, Jojet adalah pemain dram untuk menubuhkan kumpulan Teruna Sekampung pada tahun 1984 namun tidak sempat untuk menukar nama kumpulan Wings. Bakat luar biasa yang dimilikinya menjadikan beliau terkenal dan popular sebagai pemain dram di Malaysia, sebaris dengan pemain dram yang lain seperti Yazit Search, Black Wings dan Lola XPDC. Beliau sempat menikmati puncak popularitinya sebagai pemain dram apabila telah menyertai Wings pada tahun 1991, menggantikan Black anggota asal Wings yang menarik diri dari kumpulan tersebut kerana ingin menyertai kumpulan Strangers dan Lefthanded. Jojet juga adalah anggota asal kumpulan Dragon Malaya yang diasaskan oleh Awie pada tahun 2000.