Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal
| Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal | |
|---|---|
| Pengarah | Ahmad Razuri Roseli Adam Amiruddin Syed Nurfaiz Khalid Syed Ibrahim |
| Penulis |
|
| Dihasilkan oleh | Haji Burhanuddin Md Radzi Hajah Ainon Ariff |
| Dibintangi |
|
| Disunting oleh | Ahmad Razuri Roseli |
| Muzik oleh | Les' Copaque Production Sdn. Bhd. |
Syarikat penerbitan | |
| Diedarkan oleh |
|
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 1 jam 40 minit |
| Negara | Malaysia |
| Bahasa | Bahasa Malaysia |
| Bajet | RM 20 juta |
| Pecah panggung | RM 26 juta |
Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal ialah sebuah filem animasi pengembaraan Malaysia yang mula ditayangkan pada 2019. Filem ini mengisahkan pengembaraan Upin dan Ipin bersama rakan-rakan ke sebuah kerajaan dongeng bernama Inderaloka. Semasa pengembaraan ini mereka akan berjumpa dengan pelbagai watak dongeng seperti Bawang Merah Bawang Putih, Mat Jenin, dan Pak Belalang.
Ini merupakan filem ketiga dari siri animasi Upin & Ipin selepas Geng: Pengembaraan Bermula (2009) dan Upin & Ipin: Jeng Jeng Jeng! (2016). Versi asal bahasa Melayu ditayangkan pada 21 Mac 2019 secara serentak di Malaysia, Singapura dan Brunei.