Pe̍h-ōe-jī

Pe̍h-ōe-jī (POJ) (Cina Tradisional: 白話字; pinyin: báihuà zì) ialah ortografi dalam huruf Rumi yang direka dan diperkenalkan di Fujian dan Taiwan oleh mubaligh Presbyterian pada abad ke-19. POJ ialah ortografi yang popular untuk bahasa Taiwan atau Hokkien secara amnya. Satu versi yang dipanggil pha̍k-fa-sṳ wujud untuk bahasa Hakka dan sesuai khususnya untuk dialek Siyen; ortografi seumpamanya untuk Min Dong pula Bàng-uâ-cê.