Orang Hoklo
閩南泉漳人 | |
|---|---|
Sebuah kelurga Hokkien di Fujian Selatan, 1920 | |
| Jumlah penduduk | |
| ~40,000,000 | |
| Kawasan ramai penduduk | |
| Templat:Country data Tanah Besar China | Fujian |
| Taiwan | Majoriti Orang Han Taiwan (~16,321,075) |
| Malaysia | Kumpulan Cina Malaysia terbesar |
| Singapura | Kumpulan Cina Singapura terbesar |
| Filipina | Kumpulan Cina Filipina terbesar |
| Indonesia | Kumpulan Cina Indonesia terbesar |
| Brunei | Kumpulan Cina Brunei terbesar |
| Myanmar | Salah satu daripada tiga Cina Burma terbesar (angka digabung dengan Kantonis) |
| Amerika Syarikat | 70,000+ |
| Hong Kong | Penduduk minoriti |
| Makau | Penduduk minoriti |
| Bahasa | |
| Bahasa ibunda: Hokkien Lain-lain: Cina Piawai, Inggeris, bahasa asal negara masing-masing mereka tinggal | |
| Agama | |
| Agama rakyat Cina (termasuk Taoisme, Konfusianisme, penyembahan nenek moyang dan lain-lain), Buddha Mahayana dan bukan agama | |
Orang Hoklo (Bahasa Cina: 福佬人; Pe̍h-ōe-jī: Ho̍h-ló-lâng) ialah satu subkumpulan orang Han yang bertutur dalam bahasa Hokkien, iaitu sebuah bahasa dalam kumpulan Min Selatan, atau yang menjejaki keturunan mereka dari kawasan Minnan di tenggara Fujian, China. Mereka juga dikenali dengan pelbagai nama lain seperti orang Banlam (Bân-lâm-lâng, 閩南人), orang Minnan, orang Fujian, atau lebih lazim di Asia Tenggara sebagai orang Hokkien ("Hok-kiàn-lâng", 福建人).
Orang Hokkien boleh ditemui dalam jumlah yang besar di China, Taiwan, Hong Kong, Macau, Singapura, Malaysia, Filipina, Indonesia, Brunei, Myanmar, dan Amerika Syarikat. Mereka mempunyai budaya dan seni bina yang tersendiri, termasuk tokong Hokkien yang bercirikan bumbung runcing yang condong serta hiasan kayu dan porselin yang halus dan terperinci.
Bahasa Hokkien, termasuk Hokkien Taiwan, ialah bahasa utama dalam kumpulan Min Selatan dan sebahagiannya boleh saling difahami dengan varieti Min Selatan yang lain seperti Teochew, Min Zhongshan, Min Haklau, dan Min Zhenan.