Maharaja Jed

Maharaja Jed/Giok
玉皇大帝
Jade Emperor in a Ming Dynasty ink and color painting on silk, 16th century
Bahasa Cina玉皇
Maksud harfiahMaharaja Jed/Giok
Second alternative Chinese name
Bahasa Cina天公
Maksud harfiahDatuk Langit
Third alternative Chinese name
Bahasa Cina玉皇大帝
Maksud harfiahMaharaja Jed/Giok Mulia

Dalam mitologi Cina dan agama rakyat Cina dalam budaya Cina, Maharaja Jed atau Yudi ialah salah satu perwujudan tuhan primordial.

Dalam teologi Taoisme, baginda merupakan pembantu kepada Yuanshi Tianzun (原始天族), salah satu daripada Tiga Kesucian Agung (Three Pure Ones), iaitu tiga emanasi asas daripada Tao. Namun, sesetengah pengikut Taoisme dalam sejarah pernah bersikap skeptikal terhadap sifat kebajikan Maharaja Jed, kerana pembinaan istana dan infrastruktur baginda di langit dan bumi kadangkala dianggap bertentangan dengan hukum semula jadi atau dao.

Baginda sering disamakan dengan Śakra dalam kosmologi Buddhisme Cina serta dikaitkan dengan tokoh legenda Yu yang Agung dalam mitologi Cina.

Maharaja Jed dikenali dengan pelbagai gelaran, termasuk Yu, Datuk Langit (天公, Tiāngōng), yang pada asalnya bermaksud "Adipati Syurga", digunakan dalam kalangan masyarakat biasa; Tuan Jed; Maharaja Tertinggi; dan Maharaja Jed Yang Agung (玉皇上帝 Yù Huáng Shàngdì, atau 玉皇大帝 Yù Huáng Dàdì).