Tahun Baru Cina
| Tahun Baru Cina 农历新年 | |||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Dari kiri ke kanan, atas ke bawah:
| |||||||||
Juga dikenali sebagai | Tahun Baru Qamari, Perayaan Musim Bunga | ||||||||
Diraikan oleh/di | Masyarakat Cina | ||||||||
| Jenis | China, kebudayaan | ||||||||
| Kepentingan | Hari pertama kalendar Cina (qamari) | ||||||||
| Sambutan | Sambutan Tahun Baharu, perhimpunan keluarga, makan besar. | ||||||||
| Tarikh | Hari Tahun Baru Cina | ||||||||
| Tarikh 2024 | 10 Febuari. Naga | ||||||||
Berkaitan dengan | Cap Goh Meh yang mengakhiri perayaan ini | ||||||||
| Festival Musim Bunga (Tahun Baru Cina), amalan sosial masyarakat Cina dalam sambutan tahun baru tradisional | |
|---|---|
Tarian Singa sempena sambutan Tahun Baru Cina | |
| Negara | China |
| Rujukan | 2126 |
| Kawasan | Asia-Pasifik |
| Sejarah inskripsi | |
| Inskripsi | 2024 (sesi 19) |
| Tahun Baru Cina | |||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|
Tahun Baru Cina dalam Tulisan Cina Ringkas (atas) dan Tulisan Cina Tradisional (bawah) | |||||||
| Tulisan Cina Tradisional | 農曆新年 | ||||||
| Tulisan Cina Ringkas | 农历新年 | ||||||
| Maksud harfiah | tahun baru dalam kalendar cina | ||||||
| |||||||
| Alternative Chinese name | |||||||
| Tulisan Cina Tradisional | 春節 | ||||||
| Tulisan Cina Ringkas | 春节 | ||||||
| Maksud harfiah | perayaan musim bunga | ||||||
| |||||||
| Tahun Baru Cina, Ular |
| Tahun Baru Cina – 29-1-2025 |
| Telah berlangsung |
| Waktu tempatan |
Tahun Baru Cina atau Hari Raya Cina (Cina ringkas: 农历新年; Cina tradisional: 農曆新年; pinyin: Nónglì xīnnián) merupakan perayaan terpenting orang Cina bagi menyambut tahun baru dalam kalendar qamari Cina. Kalendar qamari Cina terbahagi kepada kitaran 12 tahun dan dinamakan sempena nama haiwan. (Lihat Tarikh perayaan di bawah.)
Tahun Baru Cina melambangkan permulaan, titik permulaan dalam nasib dan kehidupan. Sebelum hari tahun baru bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali berkumpul. Rumah akan dicuci dan segala hutang-piutang ditagih atau dibayar agar mereka tidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun yang baru. Mercun dibakar pada tengah malam bagi menandakan bermulanya tahun baru dan bagi menghalau roh jahat dan nasib malang. Rumah-rumah dihiasi dengan buah limau sebagai simbol murah rezeki, bunga dan pokok limau.
Tahun Baru Cina diraikan dengan jamuan yee sang dan kuih bakul. Kaum keluarga akan makan besar dengan masakan tradisi seperti daging itik, daging salai, sosej, kuih pulut, dan limau mandarin. Golongan muda pula akan melawat golongan tua dan menerima wang angpau bagi melambangkan nasib baik, yang diberikan oleh orang yang berkeluarga kepada mereka yang masih belum berkahwin. Perarakan tarian naga atau singa diadakan menggunakan kereta berhias yang diiringi bunyi gendang. Lima belas hari selepas perayaan Tahun Baru Cina, perayaan Tahun Baru Cina berakhir dengan perayaan Cap Goh Mei.
Tahun Baru Cina disambut di negara-negara dan wilayah-wilayah yang diduduki oleh ramai orang Cina, seperti China, Hong Kong, Indonesia, Macau, Malaysia, Filipina, Singapura, Taiwan, Thailand, dan juga di pekan Cina di seluruh dunia. Tahun Baru Cina juga disambut di tempat-tempat yang kuat dipengaruhi oleh budaya Cina (termasuk menggunakan kalendar qamari Cina), termasuk Korea (Seollal), Tibet dan Bhutan (Losar), Mongolia (Tsagaan Sar), Vietnam (Tết), dan Jepun hingga tahun 1873 (旧正月 kyūshōgatsu).