Manila

Manila
Peta Manila Metro dengan Manila dipaparkan
Manila
Lokasi di Filipina
Koordinat: 14°35′45″N 120°58′38″E / 14.5958°N 120.9772°E / 14.5958; 120.9772
NegaraFilipina
DaerahManila Metro
WilayahManila Metro, National Capital Region First District[*]
Barangay897
Tarikh asas24 Jun 1571
Pentadbiran
 • Datuk Bandar ManilaIsko Moreno
 • Pengundi1,142,174 (23 Januari 2025)
Keluasan
 • Jumlah24.98 km2 (9.64 batu persegi)
Aras
9.0 m (29.5 ft)
Penduduk
 (1 Julai 2024) 
 • Jumlah1,902,590
 • Kepadatan76,000/km2 (200,000/batu persegi)
 • Bilangan rumah
486,293
 • Demonim
Manilan
Manilan·on
Manilenyo
taga-Maynila
manileño
Manilano
Manilène
Manillaise
Manillais
manilense
manileña
Manilan·ën
Manilčan
Manilčanka
Ekonomi
 • Kelas pendapatanpendapatan kelas pertama bandar
 • Kadar kemiskinan1.6% (2023)
Zon waktuUTC+8 (Waktu Piawai Filipina)
PSGC
133900000
Kod kawasan+63 (0)2
Jenis iklimIklim monsun tropika
Bahasa peribumibahasa Tagalog
Laman sesawangmanila.gov.ph

Manila (bahasa Tagalog: Maynila) merupakan ibu negara Filipina yang terletak di timur Teluk Manila di pulau Luzon. bandaraya ini terletak di bahagian timur Teluk Manila di pulau terbesar dan paling utara Filipina, Luzon. Walaupun terdapat beberapa buat tempat kemiskinan, bandar ini merupakan salah satu bandaraya kosmopolitan dunia dan daerah metropolitannya merupakan pusat ekonomi, budaya, pendidikan dan industri negara ini. Manila sering disebut Mutiara Orient.

Manila merupakan sebuah daerah metropolitan dengan penduduknya melebihi 10 juta orang. Metropolis ini disebut Metro Manila, tetapi selalunya hanya disebut sebagai Manila oleh orang asing dan selain penduduk sana, terdiri daripada 17 bandar dan kawasan perbandaran. Rencana ini membincangkan bandarnya; lihat Metro Manila untuk rencana mengenai daerah metropolisnya. Bandar ini mempunyai jumlah penduduk seramai 1,902,590 dalam isi rumah 486,293. Ia mempunyai luas 24.98 kilometer persegi dan ketinggian 9.0 meter di atas permukaan laut. Ia diberikan dengan kod kawasan telefon +63 (0)2 dan poskod .

Bandaraya ini merupakan bandar kedua terpadat di Filipina setelah banddar Quezon, bekas ibu negara Filipina.

Manila dan daerah sekitarnya dijadikan sebagai satu kesatuan sebagai Metro Manila untuk memudahkan pentadbiran daerah pertumbuhan yang agak cepat ini. Kini ini, bandar dan metropolisnya berjaya sebagai pusat budaya dan ekonomi. Tetapi bandar ini juga mempunyai masalah lebihan penduduk, kesesakan dan pencemaran.